Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Datuk Seri Vida mengidam F 1

$
0
0
Utama

mazizul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: “Memang saya ada bida tapi saya dapat tahu ada bidaan lebih tinggi, sakitnya hati,” kata Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida yang mengakui membida untuk membeli nombor pendaftaran 'F 1' yang nilai bidaannya kini sudah melebihi RM1 juta.

Namun, Vida mengakui dia juga sedang menilai semula bidaan tetapi sama enggan mendedahkan nilai dibidanya.

"Saya nak barang tu (nombor pendaftaran 'F 1') tapi jadi mahal pula. Geram saya," jawabnya ringkas ketika dihubungi petang tadi.

Bagi Vida, F 1' ada maksud tersendiri untuk dirinya menyebabkan dia benar-benar mahukan nombor pendaftaran berkenaan.

"Dia 'relate' (berkaitan) kepada produk saya Pamoga Qu Puteh kerana sayalah pencetus produk minuman kesihatan lapan tahun dulu.

"Saya 'struggle' (berusaha keras) untuk buat minuman kesihatan macam ini. Lepas tu ramai orang ikut, tiru-tiru.

“Formula nombor satu sebenarnya, 'I love to be number one' (Saya suka menjadi nombor satu) dan nak jadikan dia 'number one' sokmo (nombor satu sepanjang masa)," katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Ismail Ahmad dilaporkan berkata, bahawa nilai bidaan untuk F 1 sudah dijangka melebihi RM1 juta.

Menurutnya, JPJ tidak menentukan sebarang nilai permulaan bidaan kerana proses itu dilakukan secara tender terbuka.

Bidaan untuk nombor pendaftaran bermula 'F 1' akan tamat Selasa ini manakala nombor pendaftaran bermula 'V' bermula 15 Julai nanti.

Pada 19 Mei lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi mengumumkan kenderaan untuk Wilayah Persekutuan Putrajaya akan menggunakan ‘F’ manakala Kuala Lumpur, ‘V’.

ff1.jpg

Image: 

Kuala Lumpur: “Memang saya ada bida tapi saya dapat tahu ada bidaan lebih tinggi, sakitnya hati,” kata Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida yang mengakui membida untuk membeli nombor pendaftaran 'F 1' yang nilai bidaannya kini sudah melebihi RM1 juta.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853