Arau: Gadis bawah umur ditahan kerana disyaki terbabit menganjurkan pertaruhan nombor loteri haram di Taman Desa Pauh, semalam.
Dalam serbuan Ops Dadu pada 5.36 petang itu, polis menerima maklumat orang ramai di kawasan itu mengenai kegiatan perjudian yang dilakukan oleh gadis berusia 17 tahun itu di gelanggang bola keranjang di kawasan perumahan itu.
Ketua Polis Daerah Arau, Superitendan Nanda Maarof berkata, ketika diserbu, tiada pemain judi kelihatan di kawasan itu tetapi gadis itu dipercayai sedang mengambil pertaruhan nombor loteri menerusi panggilan telefon.
“Ketika diserbu, gadis itu sedang bercakap melalui telefon dipercayai sedang mengutip wang pertaruhan nombor loteri daripada beberapa pemain judi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Difahamkan gadis itu adalah penduduk di kawasan itu dan dipercayai sudah beberapa kali menjalankan kegiatan perjudian haram itu menggunakan talian telefon.
Polis merampas wang bernilai RM206 dan dua telefon bimbit daripada gadis berkenaan yang dipercayai mengandungi mesej berkaitan angka nombor loteri haram yang dipertaruhkan oleh pemain judi yang menghubungi suspek.
Suspek ditahan untuk membantu siasatan berhubung penjualan nombor loteri haram di bawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
12616cuffs1
Arau: Gadis bawah umur ditahan kerana disyaki terbabit menganjurkan pertaruhan nombor loteri haram di Taman Desa Pauh, semalam.