Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Wanita terpenggal kepala, 500 lagi lemas

$
0
0
Utama

Seorang pelarian wanita yang terpenggal kepalanya akibat terkena tali yang menarik bot dinaiki antara lebih 500 orang yang mati selepas bot mereka karam di Laut Mediterranean ketika dalam perjalanan dari perairan Libya.

Menurut pelarian yang terselamat, mereka menaiki tiga bot iaitu satu bot getah dan dua bot nelayan yang sarat dengan penumpang, berlepas dari perairan Libya pada pagi Rabu. Satu daripada bot berkenaan yang membawa 670 penumpang tidak mempunyai enjin, ditarik bot nelayan satu lagi yang membawa lebih 500 penumpang.

Pada pagi Khamis, bot nelayan yang ditarik itu mula dimasuki air dan penumpang berusaha keras menggunakan semua cara untuk menampal lubang serta menimba air keluar.

Akhbar Itali, La Stampa, melaporkan seorang pelarian Nigeria yang terselamat berkata: “Kami cuba menghentikan air itu, menimbanya keluar menggunakan apa saja cara termasuk dengan tangan dan gelas plastik.

“Selama dua jam kami berjuang namun gagal sehingga bot mulai karam. Penumpang di bawah, wanita, lelaki, ramai kanak-kanak terperangkap dan lemas.”

Menurut pelarian lain, kapten bot nelayan yang menarik bot malang itu mengarahkan tali dipotong dan tali berkenaan membidas mengenai leher seorang wanita menyebabkan kepalanya terpenggal.

Kapten bot berkenaan, lelaki Sudan berusia 28 tahun sudah ditahan polis Itali bersama tiga lagi lelaki kerana disyaki anggota sindiket penyeludup pelarian.

Sejak minggu lalu, sehingga 700 pelarian termasuk 40 kanak-kanak dipercayai lemas ketika menyeberang Laut Mediterranean.

Menurut Pengawal Pantai Itali, pihaknya terbabit menyelamatkan kira-kira 14,000 pelarian di laut itu sejak minggu lalu, yang belayar dalam 70 bot getah dan 10 bot kayu.

Kekacauan di Afrika Utara sejak kejatuhan Presiden Libya Muammar Gaddafi pada 2011 kini dipergunakan oleh sindiket penyeludup manusia.

Menurut pelarian yang ditemuramah akhbar La Repubblica Sicily, ketua sindiket dikenali sebagai Osama mengawal perjalanan bot dari Libya dengan menawarkan harga serendah 400 euro seorang bagi menarik pelanggan.

karammm.jpg

Image: 

karam2.jpg

Image: 

karam3.jpg

Image: 

Seorang pelarian wanita yang terpenggal kepalanya akibat terkena tali yang menarik bot dinaiki antara lebih 500 orang yang mati selepas bot mereka karam di Laut Mediterranean ketika dalam perjalanan dari perairan Libya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853