Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Lelaki pukul isteri dalam lif dipenjara

$
0
0
Utama

shamsulmunir@hmetro.com.my

Bukit Mertajam: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan dan denda RM,2,000 terhadap penjawat awam selepas didapati bersalah mencederakan isterinya di dalam lif pada Ogos 2013 lalu.

Tertuduh Muhammad Affandi Ismail, 38, kelihatan tenang selepas mendengar keputusan dibacakan Majistret Mohd Fitri Sadarudin.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan bermula dari tarikh sabitan terhadap tertuduh dan denda RM2,000 serta penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Berdasarkan peghakiman, Muhammad Affandi didapati bersalah selepas pihak pembelaan didapati gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes.

Mohd Fitri berkata, tindakan tertuduh memukul isterinya di khalayak ramai dan di depan anak-anaknya tidak dapat diterima mahkamah.

"Memandangkan kamu (tertuduh) mempunyai pendidikan tinggi sehingga ijazah dan beragama Islam, kamu seharusnya tahu bahawa banyak lagi perkara yang boleh dilakukan bagi mendidik isteri.

"Tindakan memukul isteri juga adalah sesuastu yang dilarang di dalam Islam, seharusnya kamu menghormatinya ditambah dia juga menjaga tiga anak kamu," katanya.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh pada 4 petang, 12 Ogos 2013, didakwa mencederakan isterinya Siti Khadijah Ahmad Ramli,40, di dalam lif sebuah hospital swasta di Perda, di sini.

Muhammad Affandi diwakili peguambela, R Palaniappan manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Kamaliza Md Zin.

Bukit Mertajam: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan dan denda RM,2,000 terhadap penjawat awam selepas didapati bersalah mencederakan isterinya di dalam lif pada Ogos 2013 lalu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853