Kota Bharu: Sepuluh lelaki dan empat wanita yang menyertai parti liar di apartmen Jalan Hamzah, di sini, ditahan 10.30 pagi tadi.
Serbuan bersepadu oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mendapati 12 daripadanya termasuk empat wanita itu positif syabu.
Pembantu Hal Ehwal Islam JAHEAIK Mat Jusoh Seman berkata, mereka yang berusia 17 hingga 25 tahun menyewa apartmen di tingkat 17 apartmen itu.
"Kami mendapat maklumat daripada pihak MPKB berhubung beberapa orang lelaki dan wanita bukan muhrim berada dalam sebuah bilik apartmen itu.
"Pihak penguatkuasa terpaksa mengetuk pintu bilik kira-kira 30 minit sebelum dibuka. Hasil Pemeriksaan di bilik itu, kita menemui 10 lelaki dan empat wanita.
"Semua ditahan dibawa pejabat JAHEIK untuk siasatan mengikut Seksyen 9 (3) dan (4) Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan kerana khalwat beramai-ramai," katanya ketika ditemui selepas serbuan.
pesta2.png
Kota Bharu: Sepuluh lelaki dan empat wanita yang menyertai parti liar di apartmen Jalan Hamzah, di sini, ditahan 10.30 pagi tadi.