Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Janin dalam perut remaja dikebumi seperti jenazah

$
0
0
Utama

Baling: Ketumbuhan didakwa janin yang dikeluarkan dari dalam perut remaja lelaki berusia 15 tahun di sini, Selasa lalu, diuruskan seperti jenazah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Amanjaya, Sungai Petani.

Menurut ibunya, Hasmah Ahmad, 38, ‘janin’ yang dikandung dalam perut anaknya sejak 15 tahun lalu itu, lengkap organ seperti bayi cuma hidung dan mulut tidak sempurna.

Janin yang dikeluarkan itu dikatakan boleh dilihat dengan mata kasar iaitu mempunyai rambut, kaki dan tangan termasuk alat sulit yang sudah terbentuk.

Kejadian Mohd Zul Shahril Saidin, 15, yang perutnya membesar kerana janin kembarnya dikatakan 'menumpang hidup' selama 15 tahun menjadi viral di laman sosial kerana kes seperti itu tidak pernah berlaku di negara ini.

Anak kelima daripada lapan beradik yang sudah tidak bersekolah itu menderita sakit sejak empat bulan lalu, dan dimasukkan ke Hospital Baling sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Hamid (HSAH), Sungai Petani bagi membuang ketumbuhan itu.

Menurut Hasmah, walaupun terkejut dengan apa dialami anaknya, dia reda dengan ketentuan Ilahi jika benar ketumbuhan itu adalah janin iaitu kembar anaknya.

“Ketika umurnya setahun, doktor mengesyaki ada ketumbuhan dalam perut yang berbentuk seperti kepala dan meminta membawa Shahril ke hospital sekiranya mengadu sakit namun keadaannya nampak normal sehinggalah empat bulan lalu, dia kerap muntah dan mengadu sakit," katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Charuk Kangar di sini, hari ini.

Beliau berkata, benjolan pada perut itu jelas kelihatan yang menimbulkan tanda tanya mereka sekeluarga.

"Pemakanan dia macam biasa dan pernah bergurau makan lebih sikit kerana ada kandungan dalam perutnya," katanya.

Hasmah berkata, doktor di hospital memberitahu janin berkenaan kemungkinan masih hidup jika anaknya dirujuk lebih awal ke hospital.

Sementara itu Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail enggan memberikan sebarang komen atas sebab-sebab tertentu.

Usaha wartawan untuk bertemu remaja yang masih dirawat di HSAH juga tidak berhasil kerana enggan ditemui.

jan2.jpg

Image: 

jan2a.jpg

Image: 

Baling: Ketumbuhan didakwa janin yang dikeluarkan dari dalam perut remaja lelaki berusia 15 tahun di sini, Selasa lalu, diuruskan seperti jenazah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Amanjaya, Sungai Petani.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853