Petaling Jaya: "Alhamdulillah, pembedahan sumbing bibir serta lelangit Nurhidayah berjalan lancar dan sudah dibenarkan keluar dari wad hari ini.
"Terima kasih kepada Harian Metro kerana membuat liputan meluas mengenai penderitaan anak kami hingga membolehkan Nurhidayah menjalani pembedahan dengan segera," kata Nurbustaniah Hussin, 21.
Anak keduanya, Nurhidayah Fatihah Mohamad Sejawi, enam bulan, yang mengalami masalah sumbing bibir dan lelangit sejak lahir menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), di sini, pada 16 Mei lalu.
Pembedahan yang mengambil masa selama lapan jam itu diketuai Dekan Fakulti Pergigian Universiti Malaya (UM) Profesor Datuk Dr Zainal AriffAbdul Rahman.
Ia turut disertai Ketua Jabatan Sains Klinikal Pembedahan Mulut dan Maksilofasial Dr Siti Mazlipah Ismail.
Menurut Siti Mazlipah, pembedahan berkenaan bukan mudah kerana masalah sumbing bibir dan lelangit hingga menjejaskan wajah seperti dialami Nurhidayah adalah kes yang jarang berlaku di negara ini.
Bagaimanapun, dengan kepakaran pasukan doktor terbabit, pembedahan berkenaan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
"Pembedahan ini memberi sinar baru kepada Nurhidayah sekali gus membolehkannya menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain," katanya pada sidang media di PPUM, hari ini.
sumbing.png
Petaling Jaya: "Alhamdulillah, pembedahan sumbing bibir serta lelangit Nurhidayah berjalan lancar dan sudah dibenarkan keluar dari wad hari ini.