Johor Bahru: Dua pendaki dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menakluk puncak tertinggi dunia, Gunung Everest pada 11.45 pagi hari ini (waktu Malaysia).
Naib Canselor UTM, Datuk Ir. Dr. Wahid Omar berkata, dua pendaki berkenaan ialah Mohd Farul Aidib Mahamad Yusoff, 22,yang juga pelajar tahun dua Fakulti Pengurusan dan bekas pelajar UTM, Azim Afif Ishak, 28, selaku jurulatih misi berkenaan.
Beliau berkata, mereka mendaki melalui Tibet dan memulakan pendakian dari Camp 3 pada jam 11.45 malam semalam.
"Tahniah diucapkan atas kejayaan ini dan penghargaan kepada Pro Canselor UTM, Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor, selaku penasihat projek pendakian ini yang telah memberikan sokongan dan dorongan sehingga kejayaan ini dicapai.
"Warga UTM mendoakan pasukan pendaki ini selamat kembali ke Malaysia," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini..
Terdahulu, Salleh dipetik berkata, turut serta dalam misi itu, tiga lagi pendaki yang bertindak sebagai kumpulan sokongan iaitu isteri Azim, Anis Zulaikha Zabani, 26, sebagai Pengurus Kem Malaysia; dan Nur Fadzillah Nawawi, 23, dan Ahmad Fikry Abu Bakar, 32.
Selepas dua kali percubaan menawan puncak tertinggi dunia tidak dapat disempurnakan, lima pendaki Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memilih laluan baru melalui Misi UTM Everest Tibet 2016.
utm.png
Johor Bahru: Dua pendaki dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menakluk puncak tertinggi dunia, Gunung Everest pada 11.45 pagi hari ini (waktu Malaysia).