Shah Alam: Seorang bekas Perunding Kewangan Peribadi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, hari ini, atas 56 tuduhan melakukan pecah amanah membabitkan wang tunai berjumlah RM5.45 juta.
Tertuduh, Jamaluddin Mohd Jamil, 35, mengaku bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan kepadanya dihadapan Hakim Zamri Bakar.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan pecah amanah pelbagai skim pelaburan bank membabitkan seramai 33 mangsa dengan nilai serendah RM2,000 hingga RM700,000.
Tertuduh melakukan perbuatan itu di Maybank cawangan Bandar Baru Selayang, bermula awal Januari 2013 hingga Jun 2015.
Bagi setiap pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 20 tahun dan dengan sebatan selain boleh dikenakan denda.
Zamri menetapkan 31 Mei depan sebagai tarikh jatuh hukum bagi membolehkan pendakwaan melengkapkan fakta kes.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Raimi Mohd Ramli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
24juta
Shah Alam: Seorang bekas Perunding Kewangan Peribadi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, hari ini, atas 56 tuduhan melakukan pecah amanah membabitkan wang tunai berjumlah RM5.45 juta.