Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

'Kami tahu dia di mana...'

$
0
0
Utama

wanasr@hmetro.com.my

Ipoh: Polis sudah mengenal pasti kedudukan seorang anggota Daish rakyat Malaysia yang didakwa mengancam mengebom Malaysia dan beberapa negara Asia.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya sentiasa memantau pergerakan mereka yang terbabit aktiviti militan berkenaan di dalam dan luar negara.

"Kami tahu di mana dia berada dan kami memantau pergerakan beliau termasuk di dalam sosial media," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Negeri di Bangunan Perak Darulridzuan di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata, negara mempunyai undang-undang dan pihaknya juga sentiasa berhubung dengan rangkaian risikan antarabangsa bagi membendung perkara ini.

24sl

Image: 

Ipoh: Polis sudah mengenal pasti kedudukan seorang anggota Daish rakyat Malaysia yang didakwa mengancam mengebom Malaysia dan beberapa negara Asia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853