Mahkamah Majistret Kota Bharu tadi mengeluarkan perintah perlindungan sementara selama dua bulan terhadap bayi perempuan yang ditemui masih bertali pusat berhampiran sebuah rumah di Salor, Kota Bharu minggu lalu.
Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Firdaus Zainal Abidin selepas membenarkan permohonan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan.
Perintah dibuat mengikut Seksyen 25 (2) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sementara itu, Pengarah JKM Kelantan Mohammad Hanafi Maulud berkata, bayi perempuan itu akan ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Mini Kelantan selama dua bulan.
"Dalam tempoh itu, siasatan akan terus dijalankan dan keluarga terdekat boleh buat permohonan untuk menjaga bayi itu," katanya.
Harian Metro pada 15 Ogos lalu melaporkan seorang peniaga wanita terjaga daripada tidur selepas dikejutkan dengan bunyi tangisan bayi bersebelahan rumahnya di Jalan Salor.
Dalam kejadian 3 pagi itu, wanita berusia 48 tahun itu keluar dan menemui bayi perempuan yang masih bertali pusat seberat 2.2 kilogram diletakkan di atas rumput tanpa sebarang alas.
Pada hari yang sama seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dipercayai ibu bayi itu ditahan untuk membantu siasatan.
24jkm