Kangar: Polis Perlis mengesahkan penemuan 24 mayat dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Padang Besar, semalam.
Ketua Polis Negeri Senior Asisten Komisioner Shafie Ismail, berkata daripada jumlah itu, 18 mayat berkafan ditemui dalam 20 kubur manakala enam lagi ditemui di atas tanah akibat hakisan disebabkan hujan lebat.
"Kita sudah membawa kesemua 24 mayat berkenaan dari kawasan kubur itu ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, semalam, untuk prosedur forensik.
"Difahamkan, kubur itu sudah berada di bukit itu lebih lama daripada yang ditemui sebelum ini dan kedudukannya juga lebih dalam," katanya.
kafanda

Kangar: Polis Perlis mengesahkan penemuan 24 mayat dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Padang Besar, semalam.



