Minneapolis (Amerika Syarikat): Penyanyi pop legenda Prince meninggal dunia dalam usia 57 tahun di studio rakaman miliknya di Paisley Park, Chanhassen berhampiran Minneapolis, pagi semalam (waktu tempatan).
Berita itu disahkan pegawai medianya, Yvette Noel-Schure dalam satu kenyataan pagi semalam, tetapi tiada sebarang maklumat mengenai punca kematian penyanyi itu.
Mengikut laporan TMZ, pegawai polis yang pergi ke lokasi terbabit mendapati Prince atau nama sebenarnya Rogers Nelson berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam lif pada 9.43 pagi.
Penyanyi terbabit diberi rawatan pernafasan (CPR) oleh pasukan paramedik namun tiada sebarang tindak balas sebelum disahkan meninggal dunia pada 10.07 pagi.
Tiada sebarang pengesahan mengenai punca kematian penyanyi sensasi itu dan ia masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Jumaat lalu pesawat dinaikinya dari Atlanta terpaksa membuat pendaratan cemas di Illinois apabila Prince mengalami selesema teruk sebelum dikejarkan ke hospital.
Prince yang popular dengan lagu Purple Rain dan When Doves Cry pernah memenangi Grammy Awards sebanyak tujuh kali dan Academy Awards untuk lagu filem Purple Rain.
Album Purple Rain yang dipasarkan pada 1984 diiktiraf antara album pop paling laris di dunia.
RT1083424

Minneapolis (Amerika Syarikat): Penyanyi pop legenda Prince meninggal dunia dalam usia 57 tahun di studio rakaman miliknya di Paisley Park, Chanhassen berhampiran Minneapolis, pagi semalam (waktu tempatan).



