Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Mungkin tak ramai Bebas

$
0
0
Mutakhir

am@hmetro.com.my

Kuching: Barisan Nasional (BN) Sarawak tidak menjangka ramai calon Bebas akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-11, 7 Mei ini.

Setiausaha Agung BN Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi Utom, berkata calon Bebas akan bertanding tetapi jumlahnya tidak besar berbanding pilihan raya negeri pada 2011.

“Ini demokrasi. Terpulanglah kepada pengundi untuk memilih siapa yang mereka mahukan. Tetapi saya fikir bilangan (calon Bebas) tidak akan lebih daripada pilihan raya sebelum ini,” kata Dr Rundi yang juga setiausaha agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai penyertaan calon Bebas pada pilihan raya negeri kali ini.

Pada 2011, empat puluh satu calon Bebas bertanding, jumlah paling banyak sehingga ini.

Penamaan calon bagi PRN-11 akan diadakan pada 25 April manakala hari mengundi 7 Mei.

pbbb

Image: 

Kuching: Barisan Nasional (BN) Sarawak tidak menjangka ramai calon Bebas akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-11, 7 Mei ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853