Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Mael XPDC didakwa miliki dadah

$
0
0
Utama

hanafis@metro.com.my

Muar: Vokalis kumpulan XPDC, Mael atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim, 48, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan memiliki dadah jenis heroin dan monoacetylmorphines pada Mac lalu di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim, 48, bersama dua rakannya Hafiszudin Mokhtar, 31, dan Razali Shapie, 43, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab.

Seorang lagi tertuduh Chairil Anwar Yaacob, 39, bagaimanapun mengaku bersalah atas semua pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, Mael bersama tiga tertuduh itu didakwa memiliki dadah jenis heroin dengan anggaran berat 0.46 gram dan dadah jenis monoacetylmorphines seberat 0.06 gram di sebuah rumah beralamat RS 38, Jalan Kim Kee, Muar pada jam 4 petang, 7 Mac lalu.

Muhammad Hidayat kemudiannya mengenakan wang jaminan RM8,500 bagi setiap tertuduh dengan dua penjamin yang hanya terdiri daripada ahli keluarga sahaja dan turut menetapkan 3 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes terbabit

Terdahulu, beliau turut menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan terhadap Chairil Anwar bagi pertuduhan pertama dan 9 bulan bagi pertuduhan kedua yang semua hukuman dilaksanakan secara serentak.

19mael

Image: 

Muar: Vokalis kumpulan XPDC, Mael atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim, 48, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan memiliki dadah jenis heroin dan monoacetylmorphines pada Mac lalu di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853