Georgetown: Samun di Pulau Pinang, hidup mewah di Indonesia, itu modus operandi kumpulan samun lelaki warga asing dikenali 'Geng Rantau' sebelum dua daripada mereka ditembak mati pagi tadi.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi tadi itu, dua daripada empat lelaki itu mati ditembak polis di kawasan simpang tiga berdekatan Mount Eskrine di sini.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, kereta dinaiki empat suspek berkenaan dipintas pihaknya selepas menerima laporan berkaitan samun di Lengkok Halia, Pulau Tikus.
Katanya, suspek kemudian melepaskan tujuh das tembakan dengan dua daripadanya mengenai bahagian belakang kereta dinaiki polis.
"Polis kemudian membalas tembakan sebelum mengenai dua lelaki berkenaan sebelum dua lagi berjaya melarikan diri ke kawasan tanah perkuburan cina berdekatan.
"Hasil pemeriksaan pihaknya menjumpai senjata digunakan suspek termasuk pistol, peluru hidup dan parang," katanya.
Menurutnya, dua lagi suspek yang melarikan diri kini sedang diburu.
19rantau
Georgetown: Samun di Pulau Pinang, hidup mewah di Indonesia, itu modus operandi kumpulan samun lelaki warga asing dikenali 'Geng Rantau' sebelum dua daripada mereka ditembak mati pagi tadi.