Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Saudara dia lagi bijak

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Lelaki berusia 26 tahun ditahan polis, Khamis lalu, selepas dikesan mencipta cerita yang kononnya dia diculik empat lelaki.

Malah, dia turut meminta wang tebusan RM60,000 daripada ahli keluarganya.

Lakonan bermula apabila lelaki itu menghubungi ahli keluarga dan memaklumkan dia diculik empat lelaki, pada hari sama dia ditahan, pada 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Suprintenden Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, lelaki turut mengugut untuk membunuh 'mangsa culik’ jika gagal memberi wang tebusan.

"Lelaki itu menghubungi ahli keluarga berusia 33 tahun menggunakan nombor telefon sendiri.

“Selepas berbincang melalui SMS, saudaranya itu hanya setuju untuk memindahkan RM25,000 ke akaun lelaki itu.

“Polis mengesan lelaki itu mengeluarkan duit di Kajang dan terus menahannya," katanya.

bijakk

Image: 

Kuala Lumpur: Lelaki berusia 26 tahun ditahan polis, Khamis lalu, selepas dikesan mencipta cerita yang kononnya dia diculik empat lelaki.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853