Kuala Lumpur: Enam lagi remaja ditahan, semalam, untuk membantu siasatan kes dua pelajar yang diserang di Taman Wangsa Melawati, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, petang kelmarin.
Semua remaja berusia 14 hingga 18 tahun itu ditahan di sekitar Gombak dan Ampang, antara 11 pagi hingga 9 malam.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Suprintenden Mohamad Roy Suhaimi Shariff, berkata ada antara mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk membantu siasatan.
“Hasil soal siasat mendapati dua kumpulan saling mengenali dan mendiami kawasan sama. Kes disiasat mengikut Seksyen 148 dan 324 Kanun Keseksaan," katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang kelmarin, dua pelajar parah di kepala selepas diserang sekumpulan pelajar lain.
kacanghantu
Kuala Lumpur: Enam lagi remaja ditahan, semalam, untuk membantu siasatan kes dua pelajar yang diserang di Taman Wangsa Melawati, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, petang kelmarin.