Puchong: Usaha kerajaan memperkenalkan program iM4U bertujuan mencetuskan semangat baru menyeluruh di kalangan orang muda seterusnya membawa impak besar terhadap komuniti.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, program itu sudah melahirkan dua juta sukarelawan, 500 Pusat Outreach iM4U di IPT dan enam di luar negara, sejak empat tahun dilaksanakan.
"Kita hendak melaksanakan satu sifat menyeluruh yang mempunyai daya tarikan boleh mencetuskan semangat baru orang muda untuk tampil menyumbang tenaga, kreativiti untuk membuat impak besar terhadap komuniti.
"Kita yakin orang muda jika digembeleng dengan jenama dan tema yang dekat dengan mereka, ia akan menjadi satu kuasa yang bukan saja mampu memperkukuh jati diri belia tetapi membawa kejayaan besar kepada negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan iM4U Sentral, di sini, hari ini.
iM4U Sentral adalah pusat operasi iM4U, kompleks serbaguna yang memiliki pelbagai kemudahan sukan dan seminar serta terbuka kepada orang ramai.
orangmuda
Puchong: Usaha kerajaan memperkenalkan program iM4U bertujuan mencetuskan semangat baru menyeluruh di kalangan orang muda seterusnya membawa impak besar terhadap komuniti.