Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Tiga bulan lagi

$
0
0
Utama

ya_t@hmetro.com.my

Putrajaya: Jemaah Menteri bersetuju melanjutkan tempoh moratorium aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang, selama tiga bulan lagi.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, tempoh yang sepatutnya tamat 15 April ini dilanjutkan bagi membolehkan kawasan stok simpanan bauksit dibersih dan dieksport dalam tempoh berkenaan.

"Ketika ini terdapat hampir empat juta tan metrik stok simpanan masih berada di tiga lokasi iaitu pelabuhan Kuantan, di luar kawasan pelabuhan dan dikawasan perlombongan.

"Jadi dalam tempoh ini, semua stok simpanan perlu dikeluarkan atau dieksport dan kawasan perlombongan dibersihkan.

"Jika, dalam tempoh itu stok simpanan masih tidak dapat dieksport, kita akan memohon semula dari Jemaah Menteri untuk melanjutkan semula tempoh itu,"katanya pada sidang media mengenai aktiviti perlombongan bauksit di kementeriannya di sini hari ini.

Wan Junaidi berkata, kementerian akan menjadi pemudahcara untuk pengeksportan bauksit dengan memberi permit eksport (AP) mengikut kapasiti bulanan sama ada melalui Pelabuhan Kemaman atau Pelabuhan Kuantan.

Putrajaya: Jemaah Menteri bersetuju melanjutkan tempoh moratorium aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang, selama tiga bulan lagi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853