Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

43 pelajar, guru keracunan makanan [METROTV]

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Tapah : Seramai 43 pelajar dan seorang guru sekolah menengah dikejarkan ke hospital akibat keracunan makanan di sini, semalam.

Kesemua mereka mengalami muntah, cirit birit dan sakit perut selepas disyaki memakan roti jala dan kuah kari ayam yang dipercayai tercemar di dewan makanan sekolah pada malam kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, 33 pelajar ditahan di Hospital Tapah bagi menerima rawatan selanjutnya manakala selebihnya dibenarkan pulang.

"Tinjauan ke dapur dewan makan sekolah itu turut dilakukan dan pengusaha terbabit sudah diarahkan untuk menutup operasinya selama 14 hari sementara menunggu keputusan sampel makanan yang sudah diambil.

"Sementara ini, pihak sekolah akan membekalkan makanan kepada pelajar dari katering di luar sekolah ini. Untuk makluman, sekolah pernah mengalami kes yang sama pada tahun 2013 dan pengusaha dewan makan ketika itu ditamatkan kontrak," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di hospital tapah dan sekolah terbabit.

Images: 
GN4id: 
14004745
Lead: 

Tapah : Seramai 43 pelajar dan seorang guru sekolah menengah dikejarkan ke hospital akibat keracunan makanan di sini, semalam.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Videos: 
43 pelajar, guru keracunan makanan
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853