Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Terima kasih Anis [METROTV]

$
0
0
Utama

mazizul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Saya tak tahu apa nak cakap. Terharu dan nak ucap ribuan terima kasih kepada Anis Hidayah,” kata P Amarawathy, 31, pemilik anjing jantan yang mati dilanggar motosikal di Jalan Klang-Banting, kira-kira dua minggu lalu.

Video Anis Hidayah Mohd Taufik, 34, yang menyelamatkan anjing milik keluarga Amarawathy yang dipanggil Boboi itu kemudiannya viral di Facebook (FB).

"Adik dan adik ipar saya memang nak sangat jumpa dia kerana mereka berdua yang paling rapat dengan Boboi,” kata Amarawathy.

Menurutnya, dia menyedari mengenai anjingnya diselamatkan Anis Hidayah selepas melihat video yang viral di FB pada hari kedua kejadian.

"Mulanya kami tahu di FB dan kemudian tersiar di akhbar Harian Metro, Rabu, 16 Mac. Kami sekeluarga memang cuba cari Anis untuk ucapkan terima kasih, nasib baik saya dapat hubungi dia menerusi Harian Metro," katanya.

Dia dan dua ahli keluarganya itu bertemu dengan Anis Hidayah di restoran makanan segera di Teluk Panglima Garang atas Harian Metro, Sabtu lalu.

Keluarga itu turut memberikan hamper kepada Anis Hidayah sebagai tanda penghargaan.

Amarawathy yang menetap di Taman Jaya Utama, Teluk Panglima Garang, ketika ditemui sedih apabila bercerita mengenai anjing berusia dua tahun itu yang sudah dianggap seperti keluarga.

"Kami kehilangan ahli keluarga, daripada lapan kini tujuh saja,” katanya.

Dia berkata, adiknya, A Muthu Chandran, 25 dan adik ipar, B Krishnavani, 24, sampai sekarang tidak lalu makan teringatkan Boboi.

"Ketika hari kejadian, ayah saya bawa Boboi keluar jalan-jalan dan kemudiannya dia terlepas daripada ikatan di pagar rumah. Kami cari dia sekeliling kawasan rumah tapi tidak jumpa. Kemudian ada orang beritahu ada anjing mati di jalan besar kawasan rumah," katanya.

Amarawathy berkata, Boboi dihadiahkan kepada adiknya, Muthu Chandran sempena hari lahir ke-23 ketika anjing itu masih kecil.

Krishnavani yang turut serta dalam pertemuan itu turut berterima kasih kepada Anis Hidayah dan gembira dapat berjumpa dengannya.

Sementara itu, Anis Hidayah berkata, dia bersyukur kerana dapat bertemu dengan keluarga Amarawathy.

"Saya bersyukur sangat kerana dapat bertemu dengan keluarga pemilik anjing yang saya selamatkan itu kerana saya sendiri memang nak cari tetapi tak jumpa.

"Pada saya sudah wujud ikatan hubungan persahabatan yang baru terjalin antara saya dan keluarga ini,” katanya.

Pada 11 Mac lalu, Anis Hidayah bersama rakannya, Muhammad Syis Zulkipli, 25, dalam perjalanan untuk makan malam sebelum terserempak kemalangan itu.

Berikutan sedih melihat anjing terbaring di tengah jalan, Anis Hidayah memberhentikan kereta dan mengalihkannya ke pembahagi jalan.

Tanpa disangka tindakannya itu dirakam pengguna jalan raya sehingga menjadi viral di laman sosial dan menerima pelbagai respon daripada rakyat Malaysia.

Images: 

anjin

Image: 
GN4id: 
13714276
Lead: 

Kuala Lumpur: "Saya tak tahu apa nak cakap. Terharu dan nak ucap ribuan terima kasih kepada Anis Hidayah,” kata P Amarawathy, 31, pemilik anjing jantan yang mati dilanggar motosikal di Jalan Klang-Banting, kira-kira dua minggu lalu.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Videos: 
Terima kasih Anis
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853