Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Terbabas dan terjunam

$
0
0
Mutakhir

am@hmetro.com.my

Alor Setar: Pelajar tingkatan lima ditemui lemas selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam tali air di Bukit Jenun, Pendang, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Pendang Deputi Superintendan Fadzil Hashim, berkata kejadian dipercayai pada 5.50 petang.

Katanya, ketika itu Muhammad Hasmirul Fitri Musa, 17, menunggang bersendirian dari arah Bukit Jenun menuju ke Sungai Besar, Pendang.

Menurutnya, sebaik menghampiri jambatan di kawasan itu, motosikal mangsa dikatakan hilang kawalan, terbabas dan terjunam ke dalam tali air.

"Mangsa dipercayai tenggelam. Bomba dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Pendang menemui mayatnya pada 7.38 malam.

“Mayat kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan jalan 1987," katanya.

Images: 

motor

Image: 
GN4id: 
13720634
Lead: 

Alor Setar: Pelajar tingkatan lima ditemui lemas selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam tali air di Bukit Jenun, Pendang, dekat sini, hari ini.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853