Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Padah sokong pengganas

$
0
0
Utama

murni@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi menjatuhkan hukuman penjara 42 bulan terhadap dua rakan yang mengaku bersalah memberi sokongan kepada kumpulan pengganas dan memajukan idelogi untuk mengugut orang awam di Syria.

Hakim Ab Karim Ab Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Armie Fatihah Mohamad Hashim, 24, dan Mohd Hafiz Zahri Suparyatnoh, 29 selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan.

Mohd Armie Fatihah didakwa menggalakkan perlakuan dan perbuatan keganasan dengan niat untuk memajukan suatu ideologi dan perbuatan itu dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam di Syria.

Mohammad Hafiz Zahri didakwa mewujudkan kumpulan melalui aplikasi Whatapps iaitu Daulah Islamiyah Malizia memberi sokongan kepada kumpulan pengganas yang dikenali sebagai The Islamic State of Iraq and Syam (SIS).

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Kampung Air Jernih, Ijok, Taiping dari 4 April 2014 hingga 6 April 2014, jam antara 10 pagi hingga jam 12.30 tengah hari.

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup, atau penjara maksimum 30 tahun atau denda serta merampas harta yang digunakan atau diniatkan untuk digunakan untuk melakukan perbuatan itu.

Images: 
GN4id: 
13631768
Lead: 

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi menjatuhkan hukuman penjara 42 bulan terhadap dua rakan yang mengaku bersalah memberi sokongan kepada kumpulan pengganas dan memajukan idelogi untuk mengugut orang awam di Syria.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853