Ipoh: Lapan dalang yang dipercayai terbabit dalam sindiket penjualan dan pemberian darjah kebesaran palsu di Perak sudah ditahan polis sejak 16 Februari lalu dibawah Akta Pencegahan Jenayah(POCA) 1959.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, kesemua suspek berusia lingkungan umur 35 hingga 63 tahun itu ditahan di beberapa negeri antaranya Perak, Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dalam Ops Anugerah yang dijalankan polis Perak dengan kerjasama Bukit Aman.
Menurutnya, kesemua suspek direman mengikut Seksyen 4(2) POCA 1959 dan sedang menunggu Lembaga Pencegahan Jenayah bersidang.
"Dalang utama sindiket ini juga sudah berjaya ditahan dan polis masih mengesan lagi individu lain yang turut terbabit dalam kegiatan ini.
"Ops Anugerah ini dijalankan menjunjung titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan polis akan membuat kenyataan lanjut mengenai tangkapan ini dalam masa terdekat," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis (PRP) di Mes Pegawai Kanan Polis, di sini, sebentar tadi.
Semalam, Sultan Nazrin dalam titahnya menggesa supaya tindakan tegas diambil terhadap individu terbabit kegiatan menjual dan menganugerahkan Darjah Kebesaran palsu.
Baginda bertitah, memandangkan aktiviti ini semakin bertambah, pihak Polis Diraja Malaysia perlu mengambil tindakan pencegahan secara tegas supaya aktiviti ini tidak merebak.
17pangkat
Ipoh: Lapan dalang yang dipercayai terbabit dalam sindiket penjualan dan pemberian darjah kebesaran palsu di Perak sudah ditahan polis sejak 16 Februari lalu dibawah Akta Pencegahan Jenayah(POCA) 1959.