Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

'Glamor kau dik...'

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Sungai Petani: Wajah kebudak-budakkan yang dimiliki membuatkan ramai menganggap Mahamad Fitra Mahamad Tahid, 20, berkahwin pada usia terlalu muda bersama pasangannya Nurul Syazwani Mustafa, 19, hingga gambar majlis perkahwinan mereka menjadi ‘viral’ di laman sosial Facebook (FB).

Bagaimanapun, masyarakat tidak menyedari keadaan itu berlaku disebabkan pemuda berkenaan menghidap penyakit Talasemia Major sejak berusia 10 bulan.

Mahamad Fitra berkata, dia tidak menyangka tindakan kakak sulungnya Atikah Farisyaa, 24, memuat naik gambar perkahwinannya di laman sosial FB menyebabkannya menjadi viral.

Menurutnya, akibat penyakit dihidapinya, doktor memaklumkan dirinya akan mengalami masalah pertumbuhan dari segi fizikal.

"Saya percaya wajah seperti kanak-kanak ini adalah salah satu faktor daripada penyakit yang dihidapi, malah kakak sulung (Atikah Farisyaa) turut mempunyai masalah kesihatan sama, tetapi dia kelihatan normal seperti orang dewasa lain.

"Apa pun saya bersyukur dan menganggap ianya sebagai anugerah istimewa daripada Yang Maha Esa," kata anak ketiga daripada 10 beradik ketika ditemui di rumahnya di Bandar Sri Astana, di sini.

Bercerita mengenai majlis perkahwinannya di rumah pengantin perempuan pada Ahad lalu yang mendapat perhatian, katanya, ramai tetamu yang bertanya usia sebenarnya.

"Ramai yang bertanya usia saya. Sampaikan sewaktu menjamu selera ramai yang memerhatikan kami sahaja," katanya.

Images: 

kebudak.png

Image: 
GN4id: 
13607586
Lead: 

Sungai Petani: Wajah kebudak-budakkan yang dimiliki membuatkan ramai menganggap Mahamad Fitra Mahamad Tahid, 20, berkahwin pada usia terlalu muda bersama pasangannya Nurul Syazwani Mustafa, 19, hingga gambar majlis perkahwinan mereka menjadi ‘viral’ di laman sosial Facebook (FB).


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853