Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Harimau Selatan mengaum, sedia terkam

$
0
0
Mutakhir

rizar@hmetro.com.my

Johor Bahru: Johor Darul Ta'zim (JDT) yakin mengutip tiga mata untuk menamatkan saingan pusingan pertama Kumpulan H Piala AFC dengan kemenangan 100 peratus ketika berdepan Lao Toyota FC pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam esok.

Bagaimanapun, pengendali JDT, Mario Gomez mengesahkan akan ada rombakan di posisi serangan dan tengah apabila berdepan skuad kendalian Phomphakdy Valakong yang turut mengintai memburu kemenangan pada aksi itu.

Kemungkinan tiga pemain import skuad Harimau Selatan, Jorge Pereyra Diaz, Juan Martin Lucero dan Hariss Harun tidak akan bermula dalam kesebelasan utama dan bakal berada di bangku simpanan manakala kapten Safiq Rahim juga kemungkinan akan tersenarai sebagai pemain simpanan.

"Saya perlu buat rombakan kerana kita ada satu lagi tugas iaitu saingan suku akhir Piala FA, Sabtu ini dan langkah dibuat itu tidak semestinya kita tidak mahu menang sebaliknya sasaran tetap diletak untuk memburu tiga mata.

"Walaupun kami sudah menang dua perlawanan lalu namun pertembungan menentang kelab dari Laos bukanlah aksi mudah malah saya ramalkan persaingan tetap sengit kerana pasukan itu juga mengidam untuk menewaskan JDT.

"Saya sudah kaji corak permainan pasukan lawan selepas melihat rakaman video walaupun mereka tewas 4-2 kepada Ayeyawady United namun saya jangkakan pasukan itu akan tampil dengan corak permainan berbeza dan kita perlu berwaspada," katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Images: 

AFC1

Image: 
GN4id: 
13607284
Lead: 

Johor Bahru: Johor Darul Ta'zim (JDT) yakin mengutip tiga mata untuk menamatkan saingan pusingan pertama Kumpulan H Piala AFC dengan kemenangan 100 peratus ketika berdepan Lao Toyota FC pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam esok.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853