Maran: Jenazah empat beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 13, Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands berhampiran Pos Betau, Lipis, semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan FELDA Jengka 6, di sini, kira-kira jam 6 petang tadi.
Suasana pilu menyelubungi tanah upacara pengebumian itu yang turut dihadiri kira-kira 100 saudara-mara mangsa dan penduduk FELDA berkenaan.
Ibu Norulaini, Ruhani Mohammad, 63, dilihat terduduk di tepi liang lahad dan sesekali mengesat air mata.
Terdahulu, empat jenazah berkenaan itu tiba di Masjid Al-Wifaq FELDA Jengka 6 dari Hospital Lipis kira-kira jam 5 petang dan disembahyangkan.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu, Norulaini Ab Ghani, 43, yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza, bersama suaminya, Raja Mohd Adnan Raja Husain, 45 serta dua anak mereka, Raja Nur Anis Batriaya, 8, dan Raja Nura'iysah, 14, maut selepas MPV mereka bertembung dengan sebuah van.
Sementara itu, seorang lagi anak Norulaini, Raja Nur Alyaa Masturina, 13, cedera parah.