Melaka: Jenazah empat beranak yang maut dalam kemalangan di KM106 Jalan Kuantan-Segamat, malam tadi, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam As-Syakirin, Bachang, di sini, kira-kira 6 petang tadi.
Kira-kira 300 penduduk dan jemaah mengiringi jenazah Allahyarham Mohd Zaki Mamat, 47; isterinya, Jamilah Hussen, 46, dan dua anak mereka Muhammad Zamil Izuddin, 17, serta Muhammad Zamil Syazwan, 14.
Keempatempat jenazah berkenaan tiba dari Hospital Muadzam Shah, Pahang, pada kira-kira 4.40 petang.
Kemudian disembahyangkan di Masjid As-Syakirin, Bachang, selepas solat Asar.
Keluarga berkenaan maut dalam dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di jalan berkenaan, kira-kira 8.30 malam tadi.
Mohd Zaki, Jamilah dan dua anak mereka meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi anak mereka, Siti Nurjeha, 18, dan Siti Nur Nabilah, 10, agak parah.
Pemandu kereta satu lagi, Zulkifli Abdullah, 47, yang terbabit dalam kemalangan itu turut cedera.
mauttt