Kuching: Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM3 juta untuk bina semula masjid dalam program walkabout ke Taman Malihah, di sini, hari ini.
Selain itu, Datuk Seri Najib Razak turut mengumumkan RM1 juta sebagai peruntukkan untuk menaik taraf Anglican Chapel, Taman Malihah.
Dalam kesempatan itu, Najib turut menunaikan solat Asar berjemaah dengan penduduk taman di Masjid Darul Furqan.
Beliau kemudian diiringi Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak, Datuk Daud Abd Rahman meneruskan lawatan ke Gereja kecil Anglican.
Najib meluangkan kira-kira satu jam dalam program walkabout di Taman Malihah.
jibbbaa
Kuching: Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM3 juta untuk bina semula masjid dalam program walkabout ke Taman Malihah, di sini, hari ini.