Jakarta: Pemain perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei mara ke separuh akhir Kejohanan Dunia selepas menewaskan pemain Hong Kong Hu Yun 21-12, 21-18 pada saingan suku akhir di Istora Senayan, sebentar tadi.
Meskipun kemenangan itu dilihat agak mudah, Chong Wei berpendapat Hu Yun memberikan saingan sengit ke atasnya.
"Saya pernah bertemunya sebelum ini, tetapi kali ini ternyata dia mempamerkan aksi lebih baik," katanya pada sidang media sejurus selepas tamat perlawanan.
Kini, bekas pemain nombor satu dunia itu hanya tinggal selangkah lagi untuk mengulangi pencapaian mara ke pentas final seperti pada tahun lalu.
15LCW