Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

`Awat sampai lagu tu...?'

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kepala Batas: Hanya kerana mengubah suai `handle’ basikal, murid darjah enam mendakwa dicekik, ditampar dan dipijak gurunya.

Khairul Najwan Jamseri, 12, berkata, kejadian berlaku di sekolahnya di Tikam Batu, Kedah, pada 7.30 pagi, Rabu lalu.

Katanya, pada hari kejadian, dia ke sekolah seperti biasa dengan menunggang basikal bersama beberapa rakan lain.

"Sebaik tiba di pintu pagar, saya ditahan guru lelaki yang kemudian mengarahkan saya membawa basikal dan berdiri di depan perhimpunan.

"Cikgu tanya saya kenapa buat basikal (ubahsuai pemegang) macam ni dan kemudian katanya mahu bawa ke balai polis.

"Saya kata terpulang kepada cikgu. Dia kemudian terus cekik leher dengan kuat sebelum pijak kaki dan tampar saya," katanya yang trauma dengan kejadian itu.

Sementara itu, ibunya Hanisah Seman, 36, berkata selepas kejadian itu, anaknya segera meninggalkan sekolah untuk pulang namun dikejar oleh guru itu dan dibawa kembali ke sekolah.

"Kira-kira jam 10 pagi, saya pergi ke sekolah untuk menghantar borang pendaftaran UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) Najwan. Tapi, gurunya tidak memberitahu kejadian itu," katanya.

Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas anaknya pulang dari sekolah dan mengadu sakit di bahagian kepala.

"Saya kemudian membawanya ke klinik untuk pemeriksaan sebelum mendapati ada kesan luka di leher, pipi dan kaki kanannya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Images: 

basikall

Image: 
GN4id: 
13433658
Lead: 

Kepala Batas: Hanya kerana mengubah suai `handle’ basikal, murid darjah enam mendakwa dicekik, ditampar dan dipijak gurunya.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853