Kuala Selangor: Sayap kanan pesawat TUDM CN235 dibawa ke Pangkalan Nelayan Sungai Bukit Rotan, Assam Jawa, di sini, petang ini.
Komponen pesawat itu dibawa menggunakan dua bot nelayan, pada 3.15 petang.
Ketua Nelayan Pangkalan, Sulian Abdul Malek, berkata sayap itu diikat menggunakan tong yang bertindak sebagai pelampung.
“Nelayan terbabit dalam operasi ini mengambil kira-kira 45 minit untuk membawa sayap itu dari lokasi nahas," katanya.
Difahamkan, komponen ini akan dibawa ke Pangkalan Udara Subang untuk siasatan lanjut.
Pesawat terbabit dilaporkan melakukan pendaratan cemas di pesisir pantai Kuala Selangor pagi 26 Februari lalu selepas dipercayai mengalami masalah enjin.
sayappp
Kuala Selangor: Sayap kanan pesawat TUDM CN235 dibawa ke Pangkalan Nelayan Sungai Bukit Rotan, Assam Jawa, di sini, petang ini.