Kuala Terengganu: Seorang pesara guru maut selepas dipercayai ditembak dari jauh dalam kejadian di Kampung Padang Midin, di sini, 7.30 pagi semalam.
Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 56 tahun dikatakan sedang berehat sambil menghisap rokok di garaj kereta di depan rumahnya yang terletak antara 50 hingga 100 meter dari kem tentera sebelum ditemui terbaring di kawasan itu oleh isterinya berusia 49 tahun.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, berikutan kejadian itu, isteri mangsa yang menyangka suaminya terjatuh kemudian membawa mangsa ke klinik sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas mangsa disahkan sudah meninggal dunia.
"Bedah siasat dan ujian X-Ray mendapati terdapat objek seperti peluru di bahagian kanan kepala mangsa dan polis sedang menjalankan siasatan dari pelbagai aspek termasuk mengenal pasti jenis peluru yang digunakan dan punca dari mana peluru berkenaan serta jenis senjata yang digunakan.
"Polis juga tidak menolak kemungkinan mangsa terkena peluru sesat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, hari ini.
KT100815BM024
Kuala Terengganu: Seorang pesara guru maut selepas dipercayai ditembak dari jauh dalam kejadian di Kampung Padang Midin, di sini, 7.30 pagi semalam.