Shah Alam: Warga asing maut selepas dibelasah orang ramai akibat cuba pecah masuk rumah penduduk di Kota Kemuning di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, mangsa dipercayai dipijak, ditendang dan ditumbuk.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
"Pemilik rumah menyedari niat mangsa sebelum mengejarnya dan penduduk yang berada di lokasi turut sama mengejar suspek.
"Mangsa berjaya diberkas dan dibelasah.
"Susulan itu polis menahan tujuh lelaki berusia 20 hingga 30 tahun bagi membantu siasatan," katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
10815spatter1
Shah Alam: Warga asing maut selepas dibelasah orang ramai akibat cuba pecah masuk rumah penduduk di Kota Kemuning di sini, awal pagi semalam.