Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all 7853 articles
Browse latest View live

Dua maut, wanita cedera parah

$
0
0
Utama

apendy@hnetro.com.my

Gopeng: Dua terbunuh manakala seorang cedera dan dua lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Gopeng berhampiran Taman Changkat Golf di sini, hari ini.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Wira dengan Toyota Camry itu pada 4.17 petang,

"Berdasarkan pemeriksaan dan maklumat awal di lokasi kejadian, kemalangan itu membabitkan lima mangsa dengan dua lelaki mati di tempat kejadian dan seorang wanita cedera parah manakala dua lagi lelaki cedera ringan.

"Bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat dan menyerahkan mangsa kepada pihak ambulans," katanya di sini, hari ini.

Setakat ini, maklumat lanjut mengenai punca kemalangan serta identiti mangsa belum diperolehi.

Operasi menyelamat oleh bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan ll, S Ganesan, tamat pada 5.25 petang.

Image: 

Gopeng: Dua terbunuh manakala seorang cedera dan dua lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Gopeng berhampiran Taman Changkat Golf di sini, hari ini.


Inilah punca sesak petang tadi

$
0
0
Utama

nurul.hidayah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bagi anda yang tersangkut dalam kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Persekutuan petang tadi, inilah puncanya - kemalangan membabitkan lima kenderaan - menyebabkan kesesakan sepanjang beberapa kilometer.

Dalam kejadian 5 petang di Kilometer 5.4, lebuh raya berkenaan berdekatan Angkasapuri menghala Kuala Lumpur, empat kenderaan melanggar belakang kenderaan di depan selepas sebuah kenderaan MPV Nissan Serena menekan brek ketika kesesakan lalu lintas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, sebuah bas hilang kawalan lalu melanggar belakang kereta Perodua Alza.

“Perodua Alza itu kemudian melanggar belakang kereta Proton Saga di depannya dan Proton Saga itu melanggar belakang sebuah lagi Proton di depannya,” katanya.

Menurutnya, hanya kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu rosak dan tiada mangsa yang cedera atau mati.

Image: 

Kuala Lumpur: Bagi anda yang tersangkut dalam kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Persekutuan petang tadi, inilah puncanya - kemalangan membabitkan lima kenderaan - menyebabkan kesesakan sepanjang beberapa kilometer.

Pandu trak langgar tentera Israel

$
0
0
Utama

Baitulmaqdis: Seorang lelaki dipercayai penduduk Palestin merempuh sekumpulan tentera Israel dengan sebuah trak menyebabkan empat terbunuh dan ramai lagi cedera di kawasan tumpuan pelancong di sin, semalam.

Pemandu trak itu turut terbunuh akibat ditembak tentera Israel dalam kejadian di lokasi melihat pemandangan Baitulmaqdis dan Masjidil al-Aqsa.

Pemandu berkenaan, memandu traknya melalui orang ramai ketika sekumpulan tentera Israel turun dan bas dan ketika mereka berdiri di tepi jalan raya menunggu memasuki perbarisan, pemandu terbabit merempuh mereka.

Menurut tentera Israel, seorang askarnya melepaskan tembakan ke arah trak berkenaan selepas menyedari kejadian itu bukan kemalangan.

Polis Israel hanya mengesahkan empat terbunuh namun pasukan perubatan di tempat kejadian menyatakan semua mangsa adalah tentera.

Sekurang-kurangnya 15 lagi mangsa cedera dengan dua dalam keadaan kritikal.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mendakwa penyerang itu ‘penyokong’ kumpulan militan Negara Islam (IS).

.

Image: 
Image: 

Baitulmaqdis: Seorang lelaki dipercayai penduduk Palestin merempuh sekumpulan tentera Israel dengan sebuah trak menyebabkan empat terbunuh dan ramai lagi cedera di kawasan tumpuan pelancong di sin, semalam.

Digital Chaos juara!

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Genting Highlands: Pasukan pilihan Dota 2, Digital Chaos (DC) muncul juara Kejohanan ESL One Genting 2017 selepas menewaskan pasukan China, Newbee menerusi lima perlawanan sengit di Arena of Stars, Resorts World Genting, di sini, sebentar tadi.

Pasukan dari Amerika Utara itu diwakili oleh Roman Fominok (Resolut1on), Aliwi Omar (W33), David Tan (MoonMeander), Rasmus Filipsen (Misery) dan Martin Sazdov (Saksa).

DC memenangi tiga daripada lima perlawanan untuk memegang takhta pertama bagi kejohanan berprestij Dota 2 tahun ini.

Mereka membawa pulang wang tunai AS$125,000 (RM559,125). DC muncul juara selepas berpuas hati di tempat kedua untuk The International 6 dan tempat keempat di Boston Major.

ESL One Genting adalah acara ESL pertama di Malaysia dengan kerjasama Resorts World Genting. Ia berlangsung sehingga 8 Januari disertai lapan pasukan Dota 2 dari seluruh dunia dengan hadiah wang tunai terkumpul AS$250,000 (RM1,121,875).

Image: 

Genting Highlands: Pasukan pilihan Dota 2, Digital Chaos (DC) muncul juara Kejohanan ESL One Genting 2017 selepas menewaskan pasukan China, Newbee menerusi lima perlawanan sengit di Arena of Stars, Resorts World Genting, di sini, sebentar tadi.

Atuk panggil bomba

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Shah Alam: Budak lelaki tersepit kepala kira-kira 30 minit pada jeriji pintu depan rumahnya ketika bermain, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, berkata kejadian berlaku di Taman Seri Andalas Klang, dekat sini, pada 8.30 malam.

“Datuk kepada mangsa datang sendiri ke Balai Bomba dan Penyelamat Andalas bagi melaporkan kejadian berkenaan.

“Sepasukan enam anggota bomba tiba di rumah mangsa pada 8.56 malam. Anggota memerlukan lima minit untuk mengeluarkan kepala tersepit itu menggunakan pemotong khas,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kanak-kanak berkenaan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Image: 

Shah Alam: Budak lelaki tersepit kepala kira-kira 30 minit pada jeriji pintu depan rumahnya ketika bermain, malam tadi.

'Hang pi mana?' [METROTV]

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Georgetown: Polis sedang mencari lelaki yang menendang kereta di Jalan Masjid Kapitan, Keling, di sini.

Video lelaki itu viral di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid, berkata kejadian pada 11.30 pagi, 8 Januari.

Katanya, mangsa berusia 33 tahun yang memandu Proton Waja melalui jalan itu sebelum tiba-tiba motosikal dinaiki suspek memotong kenderaannya di sebelah kiri hingga hampir berlaku kemalangan.

“Suspek yang berang dengan kejadian itu mengarahkan mangsa membuka cermin tingkap keretanya tetapi lelaki berkenaan enggan berbuat demikian.

“Dia (suspek) kemudian bertindak memukul cermin sisi kenderaan mangsa menggunakan topi kaledar.

“Kejadian itu menyebabkan cermin sisi mangsa pecah serta patah dan dalam masa sama suspek mengeluarkan RM5 lalu membuang ke arah kereta pengadu,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya, lelaki itu terus bertindak menendang bahagian pintu pemandu dan penumpang sebelah kiri dengan kakinya beberapa kali sebelum mengugut mahu memukul mangsa.

Mior Faridalathrash berkata, mangsa yang bimbang dengan keselamatannya terus memandu keretanya ke Balai Polis Central.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, kereta mangsa dan motosikal lelaki berkenaan beberapa kali bergeser sehingga menyebabkan suspek terjatuh.

Katanya, ketika kenderaan mangsa berhenti di lampu isyarat depan bangunan 1st Avenue, suspek turun dari motosikal serta menendang bahagian belakang kereta.

“Beberapa orang awam yang berada cuba menenteramkan suspek sebelum dia terus beredar. Mangsa mengalami kerugian RM1,000 dan membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya.

Katanya, polis sudah mengenal pasti penunggang motosikal itu yang menggunakan SYM bernombor pendaftaran PLX 7380.

Menurutnya, polis sudah ke rumah rumah lelaki berkenaan tetapi dia tiada di rumah.

“Oleh itu, saya minta lelaki itu dapat menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya.

Image: 

Georgetown: Polis sedang mencari lelaki yang menendang kereta di Jalan Masjid Kapitan, Keling, di sini.

Hang nak pi mana?

La La Land menang besar

$
0
0
Utama

michellegun@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Malam kemuncak Anugerah Golden Globe ke-74 yang berlangsung secara langsung dari Beverly Hills, California, hari ini menyaksikan filem muzikal La La Land menggondol tujuh trofi.

Kemenangan bagi kesemua kategori yang dicalonkan itu termasuk Filem Komedi atau Muzikal Terbaik serta Pelakon Terbaik yang dimenangi Ryan Gosling dan Emma Stone.

Pengarah La La Land, Damien Chazelle turut diangkat sebagai Pengarah Terbaik dan filem itu turut diiktiraf Lakon Layar Terbaik, Skor Muzik Asli Terbaik dan Lagu Terbaik.

Sementara itu Moonlight dinobatkan sebagai Filem Drama Terbaik manakala Zootopia memenangi trofi Animasi Terbaik.

Bagi kategori Televisyen, The Crown dan Atlanta masing-masing membawa pulang trofi bagi Siri Drama Terbaik serta Siri Muzikal atau Komedi Terbaik.

Manakala siri mini The Night Manager memenangi tiga kategori bagi Pelakon Lelaki Siri Mini atau Telefilem Terbaik (Tom Hiddleston), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Olivia Colman) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Hugh Laurie).

Image: 

Kuala Lumpur: Malam kemuncak Anugerah Golden Globe ke-74 yang berlangsung secara langsung dari Beverly Hills, California, hari ini menyaksikan filem muzikal La La Land menggondol tujuh trofi.

Makin celaru

$
0
0
Utama

mohdhelmi@hmetro.com.my

Tampin: Persoalan di sebalik kejadian kanak-kanak ditinggalkan bersendirian di sebuah rumah di Kampung Parit Buloh, Gemas, di sini, Jumaat lalu, semakin bercelaru apabila siasatan polis mendapati pada waktu itu terdapat dua remaja lelaki di kediaman terbabit.

Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Hamazah Ab Razak berkata, remaja berusia 13 dan 14 tahun itu ialah anak kepada wanita berusia 36 tahun yang ditahan kerana mengabaikan Muhammad Adam Khuzaimie Abdullah atau Adam, tiga tahun.

Beliau berkata, dua remaja itu tidur seawal jam 9 malam sementara Adam ditinggalkan di sebuah bilik.

Katanya, sebaik kanak-kanak terbabit menangis jam 12.45 tengah malam, penduduk kampung bergegas ke kediaman itu dan menghubungi polis.

"Apabila penduduk mengetuk pintu rumah, dua remaja itu menyangkakan perompak dan melarikan diri menerusi pintu belakang.

"Mereka terlupa Adam berada dalam bilik dan bersembunyi di sebuah kebun kelapa sawit antara lapan hingga 10 jam," katanya.

Menurutnya, sejurus pulang keesokan hari, mereka mendapati Adam tiada di rumah dan menghubungi datuk mereka di Felda Jelai.

"Dua remaja itu bagaimanapun dikejutkan sebaik diberitahu ibu mereka ditahan polis kerana mengabaikan kanak-kanak," katanya.

Image: 

Tampin: Persoalan di sebalik kejadian kanak-kanak ditinggalkan bersendirian di sebuah rumah di Kampung Parit Buloh, Gemas, di sini, Jumaat lalu, semakin bercelaru apabila siasatan polis mendapati pada waktu itu terdapat dua remaja lelaki di kediaman terbabit.


Batal hasrat kerana cuaca

$
0
0
Utama

aziman@hmetro.com.my

Zurich: Atas faktor cuaca sejuk, finalis anugerah Puskas 2016 Mohd Faiz Subri mengambil keputusan tidak memakai baju Melayu pada majlis Anugerah Bolasepak FIFA 2016 di Zurich, Switzerland awal pagi esok.

Menurut pemain Pulau Pinang berusia 29 tahun itu, dia akan memakai pakaian formal baju sut yang lebih selesa dengan cuaca sejuk sekitar -5 selsius.

"Keadaan di sini memang sejuk, memang saya akan pakai baju kot. Bukan pakai baju Melayu tak kena (sesuai) tapi terlalu sejuk," katanya ketika ditemui Arena Metro di hotel penginapan di sini, hari ini.

Sebelum ini, Faiz berhasrat untuk memakai set persalinan lengkap baju Melayu tradisional yang ditaja oleh beberapa pihak pada majlis anugerah bola sepak berprestij itu di mana bakal ditonton oleh peminat bola sepak seluruh dunia.

Penganjur Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebelum ini sudah memberi kebenaran kepada Faiz untuk memakai baju tradisional pada majlis itu selepas mendapat permohonan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Tak apa kalau saya tak dapat pakai baju Melayu di sini, Insya Allah kalau menang saya akan pakai di Malaysia nanti," jelas Faiz.

Penyerang Pulau Pinang itu melakar sejarah tersendiri selepas jaringannya ketika menewaskan Pahang 3-0 dalam aksi Liga Super, 16 Februari tahun lalu menarik perhatian seluruh dunia apabila berada dalam senarai akhir tiga gol terbaik 2016 untuk merebut anugerah Puskas.

Sepakan percuma yang dikatakan melanggar 'hukum fizik' apabila melencong menerjah ke gawang dilihat mempunyai peluang untuk merangkul anugerah berkenaan meskipun dicabar pemain Brazil Marlone dan Daniuska Rodriguez (Venezuela).

Andai menang anugerah yang diperkenalkan pada 2009 itu, Faiz berhasrat untuk mengadakan kenduri kesyukuran.

"Setakat ini saya tak fikir nazar apa lagi, mungkin buat kenduri kesyukuran," katanya.

Image: 

Zurich: Atas faktor cuaca sejuk, finalis anugerah Puskas 2016 Mohd Faiz Subri mengambil keputusan tidak memakai baju Melayu pada majlis Anugerah Bolasepak FIFA 2016 di Zurich, Switzerland awal pagi esok.

Metro@7 - 9 Januari 2017 [METROTV]

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

• Tempoh tahanan reman ke atas seorang wanita yang didakwa mengabaikan Muhammad Adam Khuzaimie Abdullah di rumahnya ,Jumaat lalu, dilanjutkan dua hari di Mahkamah Majistret Tampin, Negeri Sembilan.

• Law Koon Ding, 44, dan S Elango, 37, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang, dua tahun lalu.

• Lima belas rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Muhibbah, Kuala Baram, Miri, Sarawak.

• Bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM36,000 berkaitan satu hutang lapuk, dua tahun lalu.

• Cubaan dua pengedar dadah menyogok polis dengan wang tunai RM50,000 bagi melepaskan mereka gagal apabila dicekup di Plaza Tol Alor Setar Selatan, Kedah, Sabtu lalu.

• Tapak pembinaan saliran longkang berhampiran Balai Polis Sentral di Jalan Khoo Yeang, Kuching, Sarawak ditutup berikutan penemuan serpihan tembikar Cina purba zaman Dinasti Qing berusia 200 tahun Sabtu lalu.

Image: 

• Tempoh tahanan reman ke atas seorang wanita yang didakwa mengabaikan Muhammad Adam Khuzaimie Abdullah di rumahnya ,Jumaat lalu, dilanjutkan dua hari di Mahkamah Majistret Tampin, Negeri Sembilan.

Metro@7 - 9 Jan 2017

Minta suapan RM150,000

$
0
0
Utama

mhusni@hmetro.com.my

Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang Penolong Pegawai Tanah, Pejabat Tanah Daerah Johor, Johor petang tadi atas kesalahan meminta suapan bernilai RM150,000.

Sumber SPRM berkata, suspek berusia 56 tahun itu dijangka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Johor esok.

Menurutnya, suspek ditahan di Ibu Pejabat SPRM Johor petang tadi.

"Suspek disyaki menerima rasuah berbentuk pinjaman™ bernilai RM150,000 daripada seorang pemilik syarikat yang sering berurusan dengannya di Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru berkaitan permohonan dan pembayaran permit kerja mengambil tanah.

"Selain itu, suspek juga menjalankan urus niaga jual beli tanah dan menggunakan nama anaknya untuk dijadikan proksi bagi pelaburan tanah berstatus rizab Melayu bersama pemilik syarikat terbabit," katanya.

Katanya, pihaknya difahamkan suspek turut menerima keuntungan lebih kurang RM100,000 hasil urus niaga jual beli tanah itu.

Dalam pada itu, SPRM turut mengesahkan bahawa lelaki terbabit memiliki beberapa lot tanah pertanian seluas lebih 30 hektar selain tanah rumah kediaman serta sebuah kediaman mewah di beberapa daerah di Johor.

Suspek disyaki menggunakan kedudukannya untuk mengambil tindakan berkaitan hal ehwal pejabat tanah daerah bagi memperoleh tanah selain memperoleh tanah secara pindah milik.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan suspek akan dibawa ke mahkamah untuk dituduh esok.

Image: 

Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang Penolong Pegawai Tanah, Pejabat Tanah Daerah Johor, Johor petang tadi atas kesalahan meminta suapan bernilai RM150,000.

Ditarik tiga lelaki

$
0
0
Utama

fadly@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seorang wanita dibebaskan dengan selamat selepas tujuh jam dilarikan tiga lelaki ketika berada di kafe di pusat beli-belah Setapak Sentral, di sini, 10.20 pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh dalam satu kenyataan berkata, ketika kejadian mangsa berusia 20-an itu sedang menunggu seorang lelaki untuk membincangkan hal perniagaan.

Menurutnya, mangsa dikatakan ditarik tiga lelaki sebelum dibawa menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard berwarna putih.

"Mangsa dibebaskan jam 5.30 petang tadi di kawasan Lebuhraya Duta- Ulu Kelang (DUKE).

"Mangsa kemudian menghubungi keluarganya memaklumkan dia selamat sebelum dihantar ke hospital untuk pemeriksaan,"katanya.

Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan di ibu jari kaki kanan dan tangan kiri akibat bergelut dengan suspek.

"Siasatan polis mendapati, Toyota Alphard digunakan suspek dalam kejadian itu adalah kenderaan sewa.

"Usaha memburu tiga suspek terbabit sedang dijalankan," katanya.

Image: 

Kuala Lumpur: Seorang wanita dibebaskan dengan selamat selepas tujuh jam dilarikan tiga lelaki ketika berada di kafe di pusat beli-belah Setapak Sentral, di sini, 10.20 pagi tadi.

Kedudukan terbaik untuk menang- Yorke [METROTV]

$
0
0
Utama

aziman@hmetro.com.my

Bekas penyerang Manchester United Dwight Yorke percaya kejayaan Mohd Faiz Subri dicalonkan dalam senarai akhir anugerah Puskas 2016 membuktikan Asia dalam landasan terbaik untuk bersaing dengan pasukan lebih hebat di pentas antarabangsa.

Yorke,45, yang menghasilkan 52 gol dalam 96 penampilan bersama kelab gergasi Inggeris itu berkata, jika jaringan Faiz boleh mengatasi gol yang dihasilkan bintang dunia seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, ia sudah pasti jaringan yang cukup istimewa.

"Jika ia jaringan secantik gol Roberto Carlos (lagenda Brazil) ia pasti jaringan istimewa. Jika gol yang dihasilkan Faiz boleh mengatasi Messi dan Ronaldo, dia dalam kedudukan yang baik (untuk menang)," katanya ketika ditemui Arena Metro sebentar tadi.

Faiz Penyerang Pulau Pinang melakar sejarah tersendiri selepas jaringannya ketika menewaskan Pahang 3-0 dalam aksi Liga Super, 16 Februari tahun lalu menarik perhatian seluruh dunia apabila berada dalam senarai akhir tiga gol terbaik 2016 untuk merebut anugerah Puskas.

Sepakan percuma yang dikatakan melanggar 'hukum fizik' apabila melencong menerjah ke gawang dilihat mempunyai peluang untuk merangkul anugerah berkenaan meskipun dicabar pemain Brazil Marlone dan Daniuska Rodriguez (Venezuela).

Jaringan Faiz itu juga dikatakan hampir menyamai sepakan lencong Carlos pada 1997 ketika menentang Brazil.

Keputusan anugerah Puskas 2016 hanya akan diketahui pada majlis Anugerah Bolasepak FIFA 2016 yang akan berlangsung di TPC Switzerland AG jam 6.30 petang waktu tempatan (1.30 pagi waktu Malaysia).

Yorke yang membantu Red Devils memenangi tiga kejuaraan EPL dan satu gelaran Liga Juara-Juara mengakui pencapaian Faiz ini membuktikan bola sepak Asia semakin berkembang.

“Saya tahu peminat di Asia cukup ghairah dalam bola sepak dan Malaysia tidak terkecuali, dengan adanya pemain dari Malaysia dicalonkan bagi anugerah ini, ia membuktikan Asia memiliki pemain yang bagus," katanya.

Image: 

Bekas penyerang Manchester United Dwight Yorke percaya kejayaan Mohd Faiz Subri dicalonkan dalam senarai akhir anugerah Puskas 2016 membuktikan Asia dalam landasan terbaik untuk bersaing dengan pasukan lebih hebat di pentas antarabangsa.

Kedudukan terbaik untuk menang- Yorke

Bayi dua kepala, satu badan [VIDEO]

$
0
0
Utama

Mexico: Gambar ini menunjukkan bayi dengan dua kepala tidak lama selepas dilahirkan Ciudad Juarez, Mexico.

Gambar serta rakaman video bayi ini disiarkan di media sosial sejak hujung minggu lalu, dipercayai saudara ibu bayi berkenaan yang terkejut dengan keganjilan itu.

Menurut Daily Mail, pasukan perubatan dan doktor enggan memberi penjelasan lanjut mengenai kes yang amat ganjil itu namun mengesahkan ibu bayi berkenaan dalam keadaan stabil.

Doktor kini sedang ‘memikirkan’ masa depan bayi itu yang berkongsi tubuh dan organ dalaman namun mempunyai dua otak.

Sebelum ini, kes kembar ganjil yang biasa ditemui ialah kembar siam yang berlaku dalam satu bagi 100,000 kehamilan

Jurnal perubatan menyatakan kejadian kembar bercantum berlaku berlaku apabila wanita menghasilkan hanya satu telur yang tidak berpisah sepenuhnya sebelum ia disenyawakan.

Sebahagian besar kembar bercantum tidak hidup lama kerana organ mereka tidak mampu menampung keperluan tubuh. Dianggarkan 40 peratus mati sebelum atau sebaik dilahirkan manakala 35 peratus lagi mati beberapa hari kemudian.

Antara kes terbaru sebelum ini, seorang bayi lelaki berkepala dua dilahirkan di Kolej Perubatan Jawaharlal Nehru, Ajmer, Rajasthan, India pada 4 Oktober tahun lalu, oleh wanita berusia 20 tahun namun bayi itu meninggal dunia 32 jam kemudian.

Image: 

Mexico: Gambar ini menunjukkan bayi dengan dua kepala tidak lama selepas dilahirkan Ciudad Juarez, Mexico.

Bayi berkepala dua di Mexico

Anda kebanggaan kami Faiz

$
0
0
Utama

aziman@hmetro.com.my

Debaran berakhir dengan kegembiraan dan lafaz kesyukuran apabila Mohd Faiz Subri, 29, mencatat sejarah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016 hari ini.

Pemain tengah Pulau Pinang itu menewaskan dua lagi calon, Jonath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita, Danisuka Rodriguez dari Venezuela.

Sebelum ini, Faiz mencipta sejarah baru bola sepak tanah air apabila gol menerusi sepakan percuma dari jarak 32 meter ketika bertemu Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya pada 16 Februari lalu berjaya dicalonkan dalam anugerah Puskas tahun ini.

Image: 

Debaran berakhir dengan kegembiraan dan lafaz kesyukuran apabila Mohd Faiz Subri, 29, mencatat sejarah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016 hari ini.


'Alhamdulillah atas kemenangan...' [METROTV]

$
0
0
Utama

aziman@hmetro.com.my

"Alhamdulilah atas kemenangan yang cukup berprestij ini. Memang saya tak terfikir untuk sampai ke tahap ini bersama dengan bintang bola sepak terbaik dunia.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan Pulau Pinang, pemain, jurulatih, barisan kejurulatihan, keluarga, Norzawanis Hashim, Akif Fayyad, Aqil Zayyan dan ayah Subri Kader serta semua yang mengundi saya,"

Itu ucapan Mohd Faiz Subri yang kini namanya terpahat dalam sejarah bola sepak dunia apabila pemain Pulau Pinang itu berjaya merangkul Anugerah Puskas 2016 pada majlis Anugerah Bolasepak FIFA 2016 di Zurich, Switzerland sebentar tadi.

Kejayaan pemain berusia 29 tahun itu menerusi undian peminat seakan sudah diduga berdasarkan reaksi peminat bola sepak seluruh dunia yang menganggap jaringan ajaibnya itu melanggar 'hukum fizik'.

Faiz yang tidak memakai baju Melayu sebaliknya hanya mengenakan sut menerima anugerah itu yang disampaikan oleh lagenda Brazil Ronaldo.

Dia yang sudah bersedia dengan ucapan dalam bahasa Inggeris mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong kariernya dalam keadaan terharu.

Anugerah yang diraih pemain kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu membolehkannya melakar sejarah pemain Asia pertama memenangi anugerah tertinggi jaringan tercantik sekali gus setanding dengan bintang seperti Cristiano Ronaldo, Neymar dan Zlatan Ibrahimovic yang memenanginya dalam edisi terdahulu sejak diperkenalkan pada 2009.

Semuanya bermula apabila jaringan Faiz ketika menewaskan Pahang 3-0 dalam aksi Liga Super, 16 Februari tahun lalu menarik perhatian seluruh dunia sehingga berjaya menjadi finalis Anugerah Puskas Disember lalu.

Gol menakjubkan itu mencetuskan fenomena apabila menjadi viral apabila ramai peminat menganggap gol itu hampir menyamai gol lagenda Brazil Roberto Carlos ketika menentang Perancis pada aksi persahabatan antarabangsa 1997.

Pada final undian, Faiz menewaskan Marlone pemain tengah Corintians dari Brazil yang menghasilkan jaringan ke atas Cobresal dalam aksi Copa Libertadores dengan melakukan satu ledakan akrobatik.

Seorang lagi finalis tunggal wanita, Daniuska yang mewakili skuad bawah 17 tahun Venezuela menggelecek dua pemain sebelum menjaringkan gol ke atas Paraguay.

Image: 
Image: 

"Alhamdulilah atas kemenangan yang cukup berprestij ini. Memang saya tak terfikir untuk sampai ke tahap ini bersama dengan bintang bola sepak terbaik dunia.

Anda kebanggaan kami Faiz

Ronaldo, Neuer, Ferguson ucap tahniah [METROTV]

$
0
0
Utama

aziman@hmetro.com.my

Ucapan tahniah daripada pemain terbaik dunia Cristiano Ronaldo selepas menerima trofi anugerah Puskas 2016 awal pagi tadi menjadi antara detik penuh bermakna buat Mohd Faiz Subri.

Lebih manis, hasrat Faiz, 29, untuk bergambar bersama bintang Portugal dan Real Madrid itu pada majlis Anugerah Bolasepak FIFA 2016 tercapai.

"Selepas saya menerima anugerah itu, Cristiano Ronaldo mengucapkan tahniah kepada saya. Saya juga sempat bergambar dengannya, memang ketika itu saya tak tahu nak kata apa lagi," katanya ketika ditemui Arena Metro selepas majlis anugerah itu yang berlangsung di TPC Switzerland AG.

Faiz, pemain berasal dari Ayer Hitam, Kedah melakar sejarah tersendiri apabila menjadi pemain Asia pertama meraih anugerah jaringan tercantik Puskas sejak diperkenalkan pada 2009.

Dengan mendapat undian sebanyak 59.46 peratus bagi gol sepakan percuma ke atas Pahang ketika aksi Liga Super pada 16 Februari tahun lalu, dia menewaskan pencabar dari Brazil Marlone (22.86) dan Daniuska Rodriguez dari Venezuela (10.01).


MOHD Faiz (kanan) bersama pemenang Anugerah FIFA lain termasuk (dari kiri) Pengurus Terbaik, Claudio Ranieri; pemain pilihan FIFA FIFPro World11 Luca Modric, Marcelo, Toni Kroos dan Sergio Ramos; Ronaldo; dan pemenang Anugerah Kerjaya Cemerlang, Alessandro Rosa Vieira di majlis anugerah di Zurich, Switzerland. FOTO AFP

Selain Ronaldo yang memenangi Anugerah Puskas pada 2009, turut memberikan ucapan tahniah kepada Faiz adalah penjaga gol Jerman, Manuel Neuer; Dani Alves dari Juventus dan bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson.

Malah rakan sepasukan Ronaldo di Real Madrid, Sergio Ramos turut menegur Faiz selepas majlis itu dengan mengatakan jaringan yang dilakukan itu adalah ajaib.

Ketika ditanya mengenai insiden dia mencari teks ucapan bahasa Inggeris dalam telefon bimbitnya di atas pentas, Faiz mengakui dia berasa gementar sebaik nama diumumkan sebagai pemenang.

"Di atas pentas cuma bagi masa 30 saat untuk berucap, mereka tak benarkan saya berucap dalam Bahasa Malaysia. Memang saya rasa 'ketaq' (gementar) sebab ini kali pertama saya berucap di pentas besar," kata pemain Pulau Pinang itu.

Berita berkaitan:

Anda kebanggaan kami Faiz

'Alhamdulillah atas kemenangan...' [METROTV]

Kejayaan Faiz penanda aras baru

Dari budak kampung ke pentas dunia [METROTV]

Image: 
Image: 

Ucapan tahniah daripada pemain terbaik dunia Cristiano Ronaldo selepas menerima trofi anugerah Puskas 2016 awal pagi tadi menjadi antara detik penuh bermakna buat Mohd Faiz Subri.

Anda kebanggaan kami Faiz

Yahoo akan tukar nama

$
0
0
Utama

San Francisco: Yahoo akan dinamakan Altaba Inc dan Ketua Pegawai Eksekutif, Marissa Mayer akan letak jawatan daripada lembaga pengarah selepas perjanjian jualan kepada Verizon Communications Inc dilaksanakan.

Dalam pernajnjian itu, Yahoo akan menjual perniagaan Internet terasnya termasuk pengiklanan digital, e-mail dan aset media kepada Verizon dengan harga AS$4.83 bilion (RM21.6 bilion).

Namun, syarat perjanjian boleh dipinda atau transaksi mungkin dibatalkan selepas Yahoo mendedahkan dua godaman data berasingan yang melibatkan kira-kira 500 juta akaun pelanggan bagi kejadian pertama dan lebih daripada satu bilion akaun dalam kejadian kedua.

Eksekutif Verizon berkata, walaupun mereka masih menganggap jualan itu sesuai dan stategik, godaman itu sedang disiasat.

Lima ahli lembaga pengarah lain turut akan letak jawatan, menurut Yahoo dalam makluman peraturan pada Isnin.

Ahli lembaga pengarah lain akan berkhidmat dengan Altaba, syarikat pemegangan dengan aset utama termasuk pegangan 15 peratus dalam syarikat e-dagang China, Alibaba Group Holding Ltd dan 35.5 peratus bagi Yahoo Jepun.

Syarikat baru itu turut mengumumkan Eric Brandt sebagai pengerusi lembaga pengarah berkuat kuasa semalam.

Image: 

San Francisco: Yahoo akan dinamakan Altaba Inc dan Ketua Pegawai Eksekutif, Marissa Mayer akan letak jawatan daripada lembaga pengarah selepas perjanjian jualan kepada Verizon Communications Inc dilaksanakan.

Betul-betul cari masalah

$
0
0
Utama

izlaily@hmetro.com.my

Johor Bahru: Seorang lelaki dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, selepas tiga hari menahan sakit apabila sebentuk cincin tersekat pada kemaluannya sehingga membengkak.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, lelaki berusia 41 tahun itu dirujuk ke wad kecemasan di HSA bagi mengeluarkan cincin berkenaan selepas menanggung kesakitan selama tiga hari.

"Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru menerima panggilan kecemasan pada jam 2.09 petang tadi berhubung kejadian berkenaan.

"Bagaimanapun, pihak bomba tidak menjalankan operasi memotong cincin berkenaan kerana kes itu diambil alih oleh pihak hospital," katanya.

Menurut jurucakap itu, pasukan bomba diarahkan pulang oleh pihak hospital namun diminta bersiap sedia sekiranya bantuan diperlukan oleh HSA.

Image: 

Johor Bahru: Seorang lelaki dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, selepas tiga hari menahan sakit apabila sebentuk cincin tersekat pada kemaluannya sehingga membengkak.

Metro@7 - 10 Januari 2017 [METROTV]

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

• 4 pegawai Imigresen Selangor ditahan SPRM, bantu siasatan palsukan resit bayaran yuran permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa.

• Seorang lelaki terkejut apabila mendapati perkarangan rumahnya di Jalan Ismail Cik Matt dipenuhi kelongsong peluru.

• 4 anggota polis mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan berasingan babitkan kes rasuah di Mahkamah Sesyen.

• Penduduk di Kota Kinabalu bergegas keluar ke kawasan selamat selepas terasa gegaran selama 10 saat.

• Ustaz Azmil Mustapha, 64, cadang bina Kompleks Ummah Hadiqa Al-Haq di tanah 8 hektar di kampungnya di Mantin, Negeri Sembilan.

Image: 

• 4 pegawai Imigresen Selangor ditahan SPRM, bantu siasatan palsukan resit bayaran yuran permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa.

Metro@7 - 10 Jan 2017
Viewing all 7853 articles
Browse latest View live