Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Cadang bikin galeri paus [METROTV]

$
0
0
Mutakhir

hanafis@hmetro.com.my

Batu Pahat: Jabatan Perikanan Johor bercadang untuk menubuhkan satu galeri khusus bagi mengumpulkan rangka haiwan marin terancam yang dijumpai di sekitar perairan di negeri berkenaan.

Pengarah Perikanan Johor, Munir Mohd Nawi, berkata cadangan terbabit diterima baik kerajaan negeri dan pelan berhubung penubuhan itu sedang diperhalusi Jabatan Perikanan.

"Kami akan menggunakan Kompleks Perikanan Tampoi sebagai galeri sementara termasuk menempatkan paus spesies Sei atau nama saintifiknya `balaenoptera borealis’ yang terdampar di muara Sungai Sarang Buaya, Semerah, petang kelmarin," katanya.

Menurutnya, galeri itu berperanan sebagai platform dalam memberi pendedahan menyeluruh kepada orang awam terhadap ekosistem berkaitan spesies hidupan marin terancam.

"Walaupun masih lagi di peringkat awal, kami harap ia akan direalisasikan dalam tempoh terdekat sekali gus menjadi tarikan baru di Johor," katanya ketika melawat bangkai paus di Jeti Pejabat Perikanan Batu Pahat, di sini, hari ini.

Difahamkan, ujian histopatologi terhadap bangkai paus bagi mengesan sebarang penyakit dalaman akan mengambil antara dua hingga tiga minggu.

Images: 

galeri

Image: 
GN4id: 
13019468
Lead: 

Batu Pahat: Jabatan Perikanan Johor bercadang untuk menubuhkan satu galeri khusus bagi mengumpulkan rangka haiwan marin terancam yang dijumpai di sekitar perairan di negeri berkenaan.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Videos: 
Bangkai paus dibedah & disiasat
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853