Kuala Lumpur: Filem OlaBola mencatat fenomena apabila meraih kutipan RM8 juta selepas 13 hari ditayangkan.
Menggegarkan 120 pawagam, tidak hanya di Malaysia filem berkenaan turut ditayangkan di Brunei Darussalam.
Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar berkata sambutan memberangsangkan itu didorong reaksi positif peminat yang berpusu-pusu ke pawagam sejak ia ditayangkan pada 28 Januari lalu.
Selain itu dia tidak menolak tema sejagat yang diketengahkan menerusi karya itu mencuri perhatian penonton pelbagai bangsa.
OlaBola berlatar belakangkan era 80-an mengisahkan keberanian dan semangat bersatu yang menjadi inspirasi kepada pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit berjuang.
Kisah yang diilhamkan daripada peristiwa sebenar ini bukan saja memaparkan semangat juang dan maruah pasukan bola sepak negara tetapi turut mendedahkan kesungguhan barisan pemain dalam mengatasi pelbagai masalah.
Karya sentuhan sutradara Chiu Keng Guan ini mendapat pujian pelbagai pihak dan dijangka menjadi satu lagi penanda aras dalam industri perfileman tanah air.
lola1
Kuala Lumpur: Filem OlaBola mencatat fenomena apabila meraih kutipan RM8 juta selepas 13 hari ditayangkan.