Petaling Jaya: Pelakon Nad Zainal, 26, terkilan apabila sindrom pening kepala dialami bukan kerana hamil sebaliknya kesan daripada pengambilan produk kecantikan miliknya.
Menurut Nad kesan itu dialami selepas sebulan mendirikan rumah tangga.
Meskipun kecewa dan sedih, Nad menerima perkara itu dengan hati terbuka malah mendedahkan suaminya juga merasakan mustahil dia hamil secepat itu.
Dia yang ditemui di majlis pra pelancaran produk kecantikan miliknya, Audela di sini sebentar tadi mengakui sudah bersedia untuk menimang cahaya mata.
Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin berkahwin dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember lalu.
nad2
Petaling Jaya: Pelakon Nad Zainal, 26, terkilan apabila sindrom pening kepala dialami bukan kerana hamil sebaliknya kesan daripada pengambilan produk kecantikan miliknya.