Lumut : Budak lelaki berusia dua tahun hanya luka di lengan serta bawah ketiak kirinya walaupun jatuh tertiarap dari tingkat empat pangsapuri kediaman anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut petang semalam.
Dalam kejadian 2.35 petang itu, mangsa, Mohd Saif Miqdad Sabri dikatakan bermain di beranda rumah sebelum terjatuh.
Bapa mangsa, Sabri Rahim, 33, berkata, ketika kejadian, isterinya di rumah manakala dia tmempunyai urusan kerja di Tanjung Pengelih, Johor.
"Saya hanya mengetahui kejadian selepas dimaklumkan oleh isteri dan pihak TLDM.
"Mujur ada jiran yang ternampak dan memaklumkan kepada isteri sebelum segera membawanya ke Hospital Seri Manjung," katanya.
jatuh.jpg