Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Elak lawatan ke Amerika Selatan

$
0
0
Mutakhir

am@hmetro.com.my

Seremban: Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan garis panduan mencegah penularan virus zika, minggu ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata garis panduan akan membantu semua agensi berkaitan mencegah penularan penyakit itu dan perlu dipatuhi masyarakat untuk mengelak dijangkiti virus itu.

"Orang ramai berisiko dijangkiti penyakit bawaan nyamuk itu. Kita menghadapi beberapa cabaran mencegahnya kerana negara kita sudah sedia ada nyamuk aedes yang menyumbang kepada penyakit itu. Oleh itu, kita bimbang virus berkenaan boleh menular ke negara ini.

"Sehingga ini, tiada simptom yang boleh dikesan daripada individu yang dijangkiti virus zika. Garis panduan pencegahan amat penting," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kempen Kesedaran Kalori di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah selatan, di sini, hari ini.

Subramaniam turut menasihati rakyat Malaysia tidak mengunjungi Amerika Selatan bagi mengelak dijangkiti.

Images: 

zika2

Image: 
GN4id: 
12884454
Lead: 

Seremban: Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan garis panduan mencegah penularan virus zika, minggu ini.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853