Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Bidikan Sukan Olimpik buat Jonathan

$
0
0
Mutakhir

aziman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penembak elit negara Jonathan Wong melakar kejutan dengan meraih pingat emas acara 10m Air Pistol individu lelaki di Kejohanan Menembak Kelayakan Olimpik di New Delhi, India hari ini.

Kejayaan itu sekali gus membolehkan Jonathan meraih tiket beraksi di Sukan Olimpik Rio Ogos ini.

Dalam aksi final acara itu, dia berjaya melakukan bidikan tepat 198.7 mata mengatasi pesaing terdekat dari Arab Saudi Atallah Alanazi dengan 198.3 mata.

Tempat ketiga menjadi milik Kim Jong Su dari Korea Utara apabila mengumpul 176.9 mata.

Malaysia kini memiliki enam atlet layak ke Olimpik selepas Pandelela Rinong Pamg, Ooi Tze Liang, Nur Dhabitah Sabri dan Ng Yan Yee dari sukan terjun manakala seorang lagi pemanah Khairul Anuar Mohamad.

Images: 

jon

Image: 
GN4id: 
12873809
Lead: 

Kuala Lumpur: Penembak elit negara Jonathan Wong melakar kejutan dengan meraih pingat emas acara 10m Air Pistol individu lelaki di Kejohanan Menembak Kelayakan Olimpik di New Delhi, India hari ini.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853