Kuala Lumpur: Stesen televisyen TV3 bakal menyiarkan program travelog berjudul Muzik Hati Jepun - mengetengahkan industri muzik di negara matahari terbit itu bermula esok.
Program sebanyak lapan episod itu hasil kerjasama Media Prima TV Networks bersama Dentsu Media Malaysia dan Persatuan Perusahaan Muzik Jepun (JAME).
Program yang bakal ditayangkan setiap Sabtu jam 6 petang itu akan dikendalikan penyanyi tanah air, Aizdean atau nama sebenarnya Muhammad Aizuddin Anwar yang kini berpangkalan di Tokyo, Jepun.
Fasih berbahasa Jepun, Aizdean akan melawat beberapa bandar di negara itu untuk bertemu dengan artis terkenal di setiap episod sambil menceritakan budaya masyarakat di sana.
Pengurus Projek JAME Akifumi Suzuki berkata, pembikinan program Muzik Hati Jepun bertujuan memperkenalkan keindahan serta sejarah muzik Jepun kepada rakyat negara ini.
“Pada masa sama, penonton dapat menyaksikan lokasi unik, budaya dan tradisi masyarakat Jepun.
“Aizdean penyanyi berbakat yang terkenal di Jepun dan dia pilih untuk mengacara program ini” katanya.
Beliau berharap menerusi program Muzik Hati Jepun dapat mengeratkan lagi hubungan baik Malaysia dengan Jepun.
Antara artis terkenal Jepun yang bakal muncul dalam program itu adalah Diamond Yukai, Daisuke Kawakami dan Yukino Ichikawa.
aiz1
Kuala Lumpur: Stesen televisyen TV3 bakal menyiarkan program travelog berjudul Muzik Hati Jepun - mengetengahkan industri muzik di negara matahari terbit itu bermula esok.