Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Militan serang universiti Pakistan [METROTV]

$
0
0
Utama

Peshawar, Pakistan: Sekumpulan militan bersenjata menyerbu sebuah universiti di utara Pakistan dan membunuh lapan orang dan pertempuran dengan pasukan keselamatan Pakistan masih berterusan petang ini.

Sekurang-kurangnya dua letupan kedengaran dan menurut Timbalan Ketua Polis Pakistan, Saeed Wazir, sekurang-kurangnya tiga pelajar Universiti Bacha Khan di Charsadda, kira-kira 50 kilometer dari bandar raya ini, terbunuh.

Pasukan penyelamat menyatakan mereka sudah mengeluarkan lapan mayat yang masih belum dikenal pasti identitinya.

Empat daripada penyerang itu ditembak mati pasukan keselamatan dan tentera kini mengepung sepenuhnya universiti berkenaan. Pihak berkuasa Pakistan bagaimanapun tidak dapat memastikan jumlah penyerang.

Menurut polis, militan terbabit menggunakan kabus tebal musim sejuk untuk memanjat tembok universiti sebelum memasuki bangunan dan melepaskan tembakan ke arah pelajar dan pensyarah dalam kelas dan asrama.

Menurut Saeed, 70 peratus pelajar sudah dikeluarkan dari bangunan universiti.

“Militan masih bersembunyi di beberapa bahagian universiti dan masih ada pelajar serta kakitangan terperangkap,” katanya.

Naib Canselor universiti itu, Fazal Rahim, berkata universiti berkenaan mempunyai lebih 3,000 pelajar dan hari ini, menerima lebuh 600 tetamu untuk majlis deklamasi puisi. - Reuters

Images: 

pakk2.jpg

Image: 
GN4id: 
12669407
Lead: 

Peshawar, Pakistan: Sekumpulan militan bersenjata menyerbu sebuah universiti di utara Pakistan dan membunuh lapan orang dan pertempuran dengan pasukan keselamatan Pakistan masih berterusan petang ini.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Videos: 
Militan serang universiti Pakistan
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853