Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Mengaku tak kutip GST

$
0
0
Mutakhir

murni@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Mali's Corner Sdn Bhd, didenda RM9,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, kerana tidak mengutip cukai barang dan perkhidmatan (GST) daripada pelanggannya, tahun lalu.

Hakim Shamsudin Abdullah membuat keputusan itu selepas syarikat itu yang diwakili pengarahnya, Jamali Saat mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

Syarikat itu mengendalikan Restoran Mali's Corner di Platinum Walk, Danau Kota, Setapak.

Berdasarkan pertuduhan, syarikat itu yang berdaftar bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 didakwa tidak mengeluarkan inbois bercukai di premis itu, 7 Oktober tahun lalu, pada 12.54 tengah hari.

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 33(2)(a) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 yang membawa hukuman penjara maksimum denda RM30,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Images: 

mahkamahmah

Image: 
GN4id: 
12650934
Lead: 

Kuala Lumpur: Mali's Corner Sdn Bhd, didenda RM9,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, kerana tidak mengutip cukai barang dan perkhidmatan (GST) daripada pelanggannya, tahun lalu.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853