Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Belacan kembang tekak

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Bagan Serai: Dua premis memproses barang makanan di daerah ini diarahkan tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak, selepas pemeriksaan dilakukan jabatan terbabit hari ini, mendapati premis berkenaan kotor serta tidak mematuhi peraturan kebersihan yang ditetapkan.

Dalam operasi pemeriksaan yang dijalankan bermula 10 pagi tadi, premis yang menjalankan perniagaan memproses bawang dan kacang goreng serta premis memproses belacan itu diberikan notis arahan tutup dan tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh 14 hari.

Menurut Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Juwita Ghazali yang mengetuai operasi bersama 20 anggota dengan kerjasama Majlis Daerah Kerian, pemeriksaan dikedua-dua premis terutamanya kilang memproses belacan di Jalan Belacan Matang Gerdu, di sini, mendapati bukan sahaja persekitaran serta peralatan yang digunakan kotor, malah status logo halal pada kertas membungkus belacan turut diragui keasliannya.

"Selain status logo halal diragui, pemeriksaan pada kilang belacan ini juga ini menemui dua kertas bungkusan yang tertera alamat berbeza dimana selain dari alamat di sini, pihak kami juga menemui satu lagi bungkusan yang tertera nama syarikat yang beralamat di Langkap.

"Persekitaran premis terutamanya lantai kilang memproses belacan ini juga terlalu kotor dan mendapati bahan mentah yang dipercayai dibawa masuk dari Indonesia diletakkan di atas lantai," katanya.

Images: 

04belacan1

Image: 

04belacan2

Image: 
GN4id: 
9613484
Lead: 

Bagan Serai: Dua premis memproses barang makanan di daerah ini diarahkan tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak, selepas pemeriksaan dilakukan jabatan terbabit hari ini, mendapati premis berkenaan kotor serta tidak mematuhi peraturan kebersihan yang ditetapkan.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853