Petaling Jaya: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan melantik Datuk Ong Kim Swee sebagai pengendali baru Harimau Malaya dengan kontrak selama dua tahun.
Keputusan itu dibuat selepas sesi temuduga oleh panel pemilih Badan Bertindak Khas FAM sebentar tadi.
Kim Swee,45, bekas jurulatih Harimau Muda A yang sebelum ini pengendali sementara skuad kebangsaan mengambil alih tempat Dollah Salleh yang meletakkan jawatan 4 September lalu susulan kekalahan teruk 0-10 di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Abu Dhabi dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019.
Kim Swee mengetepikan dua lagi calon bekas jurulatih Kelantan dan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) Bojan Hodak serta bekas jurulatih Sarawak Robert Alberts.
Jurulatih kelahiran Melaka itu bakal memulakan tugas mengendalikan pasukan bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2018/ Piala Asia 2019 menentang Arab Saudi Mac depan.
ongkim.jpg
Petaling Jaya: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan melantik Datuk Ong Kim Swee sebagai pengendali baru Harimau Malaya dengan kontrak selama dua tahun.