Kuala Lumpur: Penyanyi Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 58, akan membuat pemeriksaan susulan kepada pakar perubatan selepas insiden dia terjatuh dari pentas ketika membuat persembahan, Jumaat lalu.
Kejadian yang berlaku di majlis tertutup itu menyebabkan tangan kanan vokalis kumpulan Search itu cedera.
Isterinya, Norhasniza Hassan atau Norish, 35, memaklumkan, suaminya sudah membuat pemeriksaan selepas selesai membuat persembahan di majlis terbabit.
"Doktor sudah memberikan beberapa ubat. Namun, kami perlu membuat pemeriksaan susulan kepada pakar kerana apabila bangun tidur pagi ini (Ahad), dia mengadu kurang sihat seperti hendak demam. Tangan Amy juga semakin membengkak selain ibu jari kanannya juga ada kesan luka," katanya.
Kata Norish lagi, ketika kejadian itu, Amy dikatakan tidak dapat melihat dengan jelas ruang kosong di hadapan pentas, kerana lampu simbah yang terlalu terang.
"Sejurus sebelum persembahan bermula, saya naik ke pentas dan nampak ada lebih kurang 20 lampu 'spotlight' dipasang.
Mungkin kerana silau, Amy tidak perasan ada ruang kosong di hadapan pentas. Amy pula memang suka berinteraksi dengan penonton di hadapan pentas dan bersalaman. Jadi, bila tidak perasan ada ruang, dia pun terjatuh," katanya.
amy
Kuala Lumpur: Penyanyi Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 58, akan membuat pemeriksaan susulan kepada pakar perubatan selepas insiden dia terjatuh dari pentas ketika membuat persembahan, Jumaat lalu.