Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

25 warga asing dicekup

$
0
0
Mutakhir

hmetroshahalam@hmetro.com.my

Klang: Jabatan Imigresen Selangor menyerbu beberapa unit rumah dalam kondominium di Jalan Temenggung 37, di sini, awal pagi ini.

Dalam serbuan kira-kira 1 pagi itu, 25 warga asing termasuk dua wanita ditahan selepas didapati gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah selain menetap lebih masa di negara ini.

Penolong Pengarah Imigresen Selangor, Hishamudin Badiyol Zuman berkata, dalam operasi dianggotai 49 pegawai dan anggota itu, 100 warga asing diperiksa di kediaman masing-masing.

"Mereka ditahan terdiri daripada warganegara Myanmar, Nepal, Bangladesh, Indonesia dan Pakistan berusia lingkungan 20-an hingga 40-an.

"Mereka yang ditahan dibawa ke depoh tahanan sementara untuk disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen (AI) kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan dan pas yang sah serta Seksyen 15(1)(c) AI kerana tinggal lebih masa," katanya.

Images: 

cabut

Image: 
GN4id: 
12597443
Lead: 

Klang: Jabatan Imigresen Selangor menyerbu beberapa unit rumah dalam kondominium di Jalan Temenggung 37, di sini, awal pagi ini.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853