Kajang : Dua pelajar sekolah berusia 13 tahun maut manakala dua lagi pemandu wanita cedera selepas lori hantu melanggar 15 motosikal, sebuah van dan dua kereta di hadapan SMK Bandar Damai Perdana, 12.50 petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, kejadian berkenaan dipercayai berpunca daripada masalah brek lori dan ketika itu, pemandu lori itu sedang memandu menuruni kawasan bukit.
Katanya, apabila sampai di lokasi kejadian pemandu itu gagal mengawal kenderaan sebelum melanggar dua kereta, sebuah van , 15 motosikal dan akhirnya pokok di hadapan sekolah.
Sementara itu, seorang penjual air di hadapan sekolah itu, Shahairi Abu Bakar, 40, berkata, dua pelajar sekolah itu sedang membeli makanan dia gerai berhampiran dan mereka ditemui di bawah van selepas perlanggaran itu.
Katanya, pemandu lori warga asing itu cuba melarikan diri namun ditahan pelajar sekolah sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
14116devi2